Video| Kasih seorang anak! Gendong ibu uzur seperti bayi keluar rumah! Dapatkan cahaya matahari!

Published by
KitaReporters


ISLAM meletakkan taraf seorang wanita terutamanya ibu setinggi-tingginya! Justeru, jangan sesekali menggores hati ibu kerana ia bakal membawa anda ke pintu neraka!

Pernahkah anda mendengar ungkapan seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu? Pasti pernah bukan!

Dewasa ini ramai anak gemar menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua apabila insan yang melahirkan mereka sudah uzur. Alasannya, tempat tersebut terbaik buat ibu mereka kerana kekangan waktu untuk menjaganya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu



Namun, tidak semua anak berkelakuan seperti ‘Si Tanggang’! Masih ada malah ramai sebenarnya anak-anak yang sanggup menjaga ibu mereka hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah!

Contohnya seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok mengenai seorang wanita yang sanggup menjaga ibunya yang sudah tua seikhlas hati. Mulia sungguh hati anak ini sehingga membuatkan netizen turut sebak.



Dalam video yang dikongsi oleh pengguna TikTok bernama ‘ida_ariani83’, menunjukkan seorang wanita pertengahan umur menggendong seorang nenek yang dipercayai adalah ibunya seperti bayi.

Namun, tidak diperjelaskan di mana lokasinya. Tetapi itu tidak penting kerana yang penting, daripada video berkenaan, netizen dapat manfaat dan belajar sesuatu.

Nenek tua itu kelihatan merangkulnya dengan erat sambil memejamkan mata seakan-akan sangat selesa dan bahagia dalam pelukan anaknya. 

Dalam masa yang sama, tidak mahu ibunya kepanasan, wanita itu mengipasnya tanpa henti. Sangat menyentuh perasaan!



Netizen turut tersentuh hati dengan kasih sayang yang dipaparkan.


Dipercayai wanita itu berbuat demikian kerana mahu ibunya mendapat cahaya matahari pagi kerana berada lama di dalam rumah. Kelakuan wanita itu menyebabkan para netizen sebak dan tersentuh.

Ramai yang dapat merasai kasih sayang yang begitu mendalam selain menyedari betapa perlunya menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibu sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Malah, tidak putus-putus netizen menitipkan doa agar wanita yang berhati mulia itu dan ibunya dikurniakan kesihatan yang baik. 

Video seperti inilah yang patut dikongsi kerana ia membawa seribu kebaikan untuk orang lain, bukannya video-video terkinja sana-sini demi meraih populariti murahan. - KitaReporters


14
14
0
11
0

Copy Link: