Ziona Chana dah tiada! 39 isteri hilang suami serentak! Pengganti 'Dinasti Chana' mula dicari!

Published by
KitaReporters

Dinasti Chana...Ziona Chana bersama anak-anaknya, - Kredit gambar: Pinterest


SEORANG lelaki di pedalaman India yang menghidupkan amalan poligami luar biasa di dunia, Ziona Chana diketahui memiliki 39 isteri dan 94 anak, akhirnya menamatkan legasinya apabila menghembuskan nafas terakhirnya ketika usia 76 tahun pada Ahad 13 Jun 2021 lalu, pada kala hati dia masih terbuka menambah isteri. 

Dia yang mewarisi `Dinasti` Chana sejak 1942 daripada ayahnya yang memiliki tujuh isteri mula berpoligami selepas berkahwin pada usia 17 tahun. Pernah dalam setahun itu, dia dikatakan berkahwin dengan 10 wanita sekali gus. 

Sehingga akhir hayatnya, dia meninggalkan 176 ahli keluarga termasuk 33 cucunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan poligami


Image: Ziona Chana in October 2011.

Ziona Chana. - Kredit gambar: Adnan Abidi dari Reuters 


Reuters yang memetik pengumuman Ketua Menteri Wilayah Mizoram, Zoramthangga tentang kematian lelaki itu berkata, Ziona Chana tinggal bersama keluarganya di bangunan empat tingkat dengan 100 bilik di Baktawng, pedalaman wilayah Mizoram

Lelaki itu ada bilik persendirian bersebelahan asrama dihuni oleh isterinya secara berkongsi dan setiap malam dia akan ditemani tujuh atau lapan isteri untuk `bersukaria`.

N World memetik cara hidup Ziona itu sama dengan seorang lagi pengamal poligami dari Kanada, Winston Blackmore yang menjadi ketua agama Mormon, yang dikatakan memiliki 27 isteri dengan 178 ahli keluarga termasuk150 anak.



Dinasti Chana itu diasaskan oleh bapa Ziona pada 1942 yang membenarkan amalam poligami dan sejak itu, ayah mula mempunyai beratus keluarga yang menjadi pengikutnya. Kemudian gaya hidup itu menjadi daya penarik kepada pelancong dari seluruh dunia.

Pada 2011, Ziona memberitahu Rueters,"Saya masih mahu menambahkan bilangan ahli keluarga dan bersedia bila-bila masa, berkahwin lain. Saya ada ramai orang yang perlu dijaga, disayangi dan rasa sangat bertuah."

Anak sulungnya, Parliana Baktawng memberitahu media The National, dia perlu menunggu kelulusan jawatankuasa gerejanya siapa yang perlu dipilih sebagai ketua walaupun anak sulung. Baktawng memiliki dua isteri dan 11 anak.


Siamthangi....saya bahagia dan rasa bertuah. - Kredit gambar: Asiaone.


Ketika hidupnya, isteri nombor 39 mendiang Ziona, Siamthangi ketika ditemui, berkata dia tidak kisah menjadi isteri yang keberapa pun malah tidak peduli kalau usia lelaki itu boleh menjadi bapanya. 

"Saya bertuah dipilih daripada semua wanita untuk menjadi isterinya.`Kakak sulung' sudah atur jadual bersama suami dan sangat adil. Jadi kami tidak perlu cemburu," katanya yang mempunyai anak perempuan berusia lima tahun dengan lelaki itu.

Isteri pertamanya yang dipanggil `kakak sulung'  Zathiangi, 71, yang menguruskan rumah "Chhuanthar Run" (Rumah Generasi Baru) istana empat tingkat dengan 100 bilik dan 17 bilik mandi, bangga kerana menjadi `permaisuri` pertama dikahwini ketika usia suaminya 17 tahun dan kini dia ketua kepada isteri yang mengurus makan minum keluarga besar itu dan keperluan batin suaminya.

Tugasan Zathiangi termasuk membuat jadual untuk semua madunya, 22 daripadanya berumur bawah 40 tahun secara bergilir-gilir melayan suami mereka. Menghabiskan masa dengan suami, bermakna mereka berpeluang tidur sekatil, melayan makan minum, menyediakan air mandian dan memilih pakaian.

Isteri nombor 34, Rinkimi, 38, yang berkahwin dengan Ziona lebih 20 tahun memberitahu, dia melayan suaminya seumpama `tuhan`, lelaki paling kacak di kampung dan rasa bertuah bersuamikan lelaki itu.


Hebat dan kuasa luar biasa. - Kredit gambar: Dailyhunt.


Ziona mempunyai bilik peribadi, dilengkapi katil kelamin dan semua isterinya berkongsi bilik macam asrama. Mereka diberi sebuah katil dan satu almari pakaian. Madu muda ditempatkan berhampiran bilik suaminya dan yang sudah tua diberi bilik di tingkat atas.

Wanita yang dikahwini lelaki itu asalnya anak yatim dan gadis miskin dari kawasan pembalakan dan industri aluminium di Aizawl, empat jam memandu dari ibu kota Mizoram.

Semasa hidupnya, Ziona Chana memuji isterinya nombor 37 paling cantik sekali. - KitaReporters


Kredit foto: thefederal.com


Kredit foto: BBC

1
1
0
0
1

Copy Link: