MUNGKIN ini dinamakan hidayah... Biarpun menjalani kehidupan sederhana tetapi bagi bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail kini mengakui hidupnya semakin lengkap selain tenang berbanding dulu.

Kongsinya, walaupun gajinya mencecah puluhan ribu namun hati tidak tenang. 

Meskipun kini hanya menjana pendapatan melalui undangan forum di surau dan masjid namun kehidupannya dan keluarga sempuna dan bahagia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penghijrahan


Kongsinya, selepas tidak lagi terbabit dalam industri hiburan, Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI kini menerima banyak undangan yang menjurus ke arah misi dakwah.

“Sekarang ini saya banyak diundang untuk program-program dakwah. Kalau ada tawaran sebagai pengacara, saya akan pilih yang ada unsur dakwah. Memang kalau dilihat dengan mata kasar, pendapatan tidaklah banyak seperti dulu tetapi rezeki saya sentiasa ada," jelasnya.

Berkongsi cerita, Faizal berkata dia  pernah membuat rawatan di hopital bagi mendapat pengesahan daripada doktor berikutan tidak dapat tidur. Namun kini selepas banyak mendekati diri ke jalan Allah Faizal kini lebih tenang dan bahagia.

Sebelum ini, dia mengakui masanya dengan sang pencipta juga terhad.

Dahulu fokusnya adalah mengejar dunia sehingga mampu memiliki harta yang diidam-idamkan tetapi waktu bersama sang pencipta terlalu terhad.



Lelaki berusia 46 tahun itu mengakui solatnya dahulu tidak lengkap kerana terlalu sibuk dengan kerjaya semata-mata.

“Kadangkala, hanya solat mana yang sempat sahaja. Memanglah seronok bila gaji lumayan, dapat pakai kereta apa yang saya inginkan. Malah, dulu saya mampu membeli tiga buah rumah tetapi bila malam nak tidur pun tak boleh, ” katanya.

Mendedahkan perjalanan hidup baharu, FBI berkongsi banyak cabaran yang terpaksa dilalui termasuk berdepan dengan isterinya.

Katanya, sejak menyertai jemaah tabligh, dia perlahan-lahan berubah dan makin membiasakan diri dengan transformasi diri.

“Sejujurnya waktu awal perubahan diri saya dulu, isteri, Nor Azlina Ahmad Din sukar untuk memafahami," ujarnya.

Malah setiap hari isterinya bertanyakan pelbagai soalan namun dia hanya menjelaskan apa yang dilakukan adalah ke arah kebaikan.



Berkat kesabarannya, kini isteri tercinta semakin berubah dan hatinya lebih terbuka apabila mula mengikuti jemaah tabligh wanita. Malah, anak-anak sudah mula pergi ke surau dan mendalami agama selain sudah mampu hafal beberapa surah dalam al-Quran,” jelasnya.

"Apa yang berlaku sangat baik dan ajaib. Apabila kita semakin mendekatkan diri dengan Allah, Dia akan susun hidup kita.

"Bukan hendak kata masalah saya selesai sepenuhnya, tetapi, alhamdulillah, selesai satu persatu. Malah, hidup keluarga saya juga lebih tersusun," katanya lagi. 

Semoga perubahan ke arah kebaikan FBI ini memberi sumber inspirasi kepada insan-insan lain dalam usaha mendekati diri kepada yang Esa. - KitaReporters


12
13
0
13
0

Copy Link: