Video| Gelongsor air bawa maut! Budak mati jatuh dari ketinggian 50 kaki! Sedang disenggarakan!
Published byDIVA de Lucas Miranda bersama bapanya, Luiano Marcio Miranda serta ibu dan adiknya. - Kredit foto: Mirror.co.uk
ALPA walau hanya sesaat boleh membawa padah. Inilah pengalaman pahit seorang bapa yang kehilangan anak tercinta ketika berkunjung ke Taman Tema Air Acqua Roma di Calda Novas, negeri Goiaz, Brazil pada 17 Februari 2022 lalu.
Budak tersebut, Davi de Lucas Miranda, 8, terjatuh dari gelongsor air yang sedang disenggarakan pada ketinggian 50 kaki (13.7 meter) sehingga membawa maut.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan insiden kemalangan maut
Memetik Daily News, Miranda pergi ke taman tersebut bersama bapanya, Luiano Marcio Miranda, 43, serta ibu dan adiknya. Taman Tema Air Acqua Roma itu memang kerap dikunjungi oleh keluarga tersebut.
Kata Luciano, dia membawa Davi ke taman tema air itu untuk kali pertama ketika dia berusia lapan bulan. Sejak itu mereka berkunjung ke taman berkenaan setiap tahun. Kerana itu mereka semua sangat biasa dengan selok belok taman tema air itu, termasuk .
Bagaimana pun tidak diduga lawatan pada awal minggu lalu adalah terakhir bagi de Lucas dan mencatatkan tragedi untuk keluarga Luciano. Dia kehilangan anak dan mendakwa kematian anaknya adalah kerana kecuaian pihak pengurusan taman tema berkenaan.
Keadaan gelongsor yang membawa padah kepada Davi. - Kredit foto: The US Sun
Kejadian berlaku tidak lama selepas keluarga itu tiba di taman tema air tersebut dan masuk ke bilik hotel yang terletak di dalam kawasan taman tema itu.
Davi yang tidak sabar untuk ke taman tema berkenaan mengajak bapaya pergi ke taman dengan mambawa bersama adiknya yang berusia setahun.
Luciano kemudian meninggalkan anaknya sebentar untuk pergi ke tandas. Inilah kealpaan yang membawa kesal tidak sudah kepada Luciano. Apabila keluar, dia mendapati anaknya sudah tiada.
Dia mula mencari. Apabila ternampak orang ramai berkumpul pada kawasan gelongsor air dan kehadiran sebuah ambulans kebimbangan mula bersarang pada dirinya. Sesuatu mungkin berlaku kepada anaknya.
Memang benar jangkaan Miranda. Orang ramai mengelilingi anaknya yang terjatuh daripada gelongsor dan ambulan berkenaan tiba untuk membawa kanak-kanak malang itu ke hospital.
Gelongsor tersebut yang dinamakan ‘Volcao’, ditutup kepada pengunjung kerana sedang melalui proses penyenggaraan. Ia mempunyai empat laluan gelongsor berlainan. Namun dikatakan tidak ada papan tanda jelas memaklumkan kepada pengunjung ia tidak boleh digunakan.
Davi yang memang sudah biasa dengan papan gelongsor berkenaan, dikatakan naik ke tempat permulaan gelongsor dan menggelongsor pada salah satu laluan tanpa menyedari ia sedang disenggarakan dan ada bahagian gelongsor itu yang papannya sudah dibuka.
Akibatnya kanak-kanak tersebut terjatuh daripada lubang tersebut dan terhantuk kepada struktur besi yang menjadi tiang gelongsor serta jatuh ke dalam kolam renang. Dia dikatakan masih hidup ketika diselamatkan tetapi meninggal dalam dalam perjalanan ke hospital.
Luciano mendakwa, tiada siapa memaklumkan kawasan gelongsor itu ditutup kepada pengunjung. Beberapa orang kemudian memberitahunya, kawasan itu hanya dipagar dengan tali pita, tanpa sebarang tanda amaran bertulis.
Mungkin juga Davi terlalu ghairah menaiki papan gelongsor itu seperti yang kerap dilakukan ketika berkunjung ke taman tema air itu sebelum ini.
Di samping itu tiada pula sesiapa memberi amaran gelongsor itu ditutup. Akibatnya, gelongsor tersebut membawa maut. - KitaReporters
DAVI dan papan gelongsor di mana dia terjatuh. - Kredit foto: Goias