Video| Untunglah! Lelaki 71 tahun nikahi gadis 19 tahun! Beri mas kahwin 15g emas! Dah terpikat!
Published bySIAPA sangka, seorang warga emas berumur 71 tahun di Cirebon, Jawa Barat yang hidup menduda selepas kematian isterinya sejak setahun lalu dianggap beruntung serta bertuah apabila seorang gadis cantik berusia 19 tahun sudi menjadi isteri lelaki itu yang sah pada 23 Mei 2022 lalu.
Pernikahan berbeza usia 52 tahun membabitkan seorang warga emas bernama Romansyah dan pasangannya, Dilah Maulani itu terjadi di Desa Rancasari, Kecamatan Pamanukan, kabupaten Subang dengan mas kahwin 15 gram emas dan barangan hantaran yang disaksikan kira-kira 100 tetamu dan ahli keluarga daripada kedua-dua pihak terbabit.
Ia kemudian viral dalam media sosial dan ada netizen yang bersimpati dengan gadis cantik itu kerana menikah dengan seorang lelaki yang sudah lanjut usianya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kahwin isteri muda
Portal Merdeka.com pada 24 Mei 2022 dipetik menceritakan,
pasangan suami isteri itu sebelum itu sering kali bertemu tetapi mereka tinggal
di kampung yang berbeza.
Dilah berkata, dia telah lama kenal Romansyah dan selepas kematian isterinya hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memutuskan untuk bernikah.
Namun, bak kata orang, cinta itu buta dan jikalau hati sudah suka semuanya indah belaka dan juga andai kata hati sudah berkenan yang tua pun tetap dipandang muda.
‘’Walaupun dia (suami) sudah tua tetapi hati saya sudah berkenan dan terpikat dengannya maka saya berkahwin sahaja walaupun mendapat kecaman orang kampung.
‘’Saya kenal dia (Romansyah) sudah lama dan saya percaya dia seorang lelaki yang baik dan boleh jaga diri saya,’’ kata Dilah.
Sementara itu, Romansyah yang juga seorang pengusaha tanah sawah padi yang cukup luas di kampung itu mengakui dia sudah lama mengenali isterinya dan ketika itu hubungannya dengan Dilah seperti anak-anaknya sendiri.
Tetapi, katanya, sejak akhir-akhir entah kenapa hatinya mula tertarik dengan Dilah lalu dia menyatakan hasratnya untuk melamar gadis itu dan kedua-dua orang tua Dilah menerima pinangannya sebelum mereka bernikah pada 23 Mei 2022 lalu.
‘’Dilah seorang gadis berperangai baik dan dia benar-benar baik untuk dijadikan isteri saya.
"Keluarga termasuk anak saya tidak pernah menbantah sebaliknya mereka bersetuju saya berkahwin dengan Dilah,’’ kata Romansyah yang mempunyai seorang anak serta seorang cucu dan isterinya meninggal dunia pada tahun lepas. - KitaReporters