Rayuan Ebit Lew! MPSj, beri pak cik jagung peluang berniaga!
Published byDUA tiga hari yang lalu, kita telah ditularkan dengan satu kejadian antara seorang penguat kuasa tempatan, Majlis Perbandaran Selayang Jaya (MPSj) dengan seorang pak cik tua menjual jagung. Pertelagahan itu diakhiri dengan tindakan keras penguat kuasa yang bertindak menyentap bakul terisi jagung sehingga terkeluar dari trolinya. : KitaReporters
Kejadian yang tular antara pegawai penguat kuasa dan pakcik jagung
Kejadian hangat antara kedua-dua individu itu, telah menimbulkan reaksi yang pelbagai, ada yang memihak kepada pak cik itu dan pegawai penguat kuasa tersebut.
Namun kejadian itu telah mengetuk hati kecil Ustaz Ebit Lew untuk berjumpa dan memberikan bantuan yang semampunya.
Siapa yang tidak berasa angin sekiranya arahan diingkari dan sangup berjam-jam bertegang urat di kaki lima.
Namun haruskan kita yang matang dan muda tidak tahu untuk mencari perdamaian baik dan cara komunikasi yang lebih aman??
Api jangan disimbah dengan api, seharusnya api disimbah dengan air agar tidak merebak atau memuncak.
Vedio pertelingkahan yang dikatakan berpunca dari tiada lesen perniagaan
Kehadiran Ustaz Ebit Lew sekali lagi memberi sinar dan harapan serta kekuatan bagi meneruskan kehidupan walaupun dihujani rintangan.
Pak cik ni baik kata Ebit Lew kerana tidak mahu apa-apa sumbangan dan pemberian, bukan berlagak tapi bersyukur dengan nikmat tuhan yang diberikan.
Ebit Lew melihat baki jagung yang tinggal
Pak cik itu merupakan pesakit Retinitis Pigmentosa yang hanya mempunyai baki pandangan sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya adalah kabur dan terkelihatan bayang-bayang.
Jelasnya, pak cik jagung itu bukan tidak pernah merayu dan memohon lesen perniagaan tetapi gagal disebabkan beliau individu yang mempunyai kad merah iaitu kad permaustatinan tetap (PR).
"Kasihan pak cik tu, lima tahun jual jagung, dari dulu itulah kerjanya cuma beralih di tempat lain-lain.
"Ada anaknya cuti sekolah bawa Food Panda, pakcik ini satu hari dapat RM50 jika habis jagung ke seluruhannya.
"Dalam seminggu dah tiga kali jagungnya kena rampas, yalah berniaga di situ tiada lesen, tapi saya rasa kasihan pada pak cik ni.
"Pakcik ni baik orangnya", tulis Ebit Lew dalam Instagram miliknya.
Pak cik jagung tersebut mempunyai masalah pandangan mata yang berbaki 10 peratus penglihatan
Video yang memaparkan pertemuan entiti tu disambut dengan tangisan, kedua-duanya bersedih dengan apa yang berlaku.
Ingat tak lagi, Allah pernah memberitahu jika kita ditimpa kesusahan maknanya Allah sayang kita.
Pada waktu itu, hanya Tuhan yang sedang menumpukan pandangan kepada kita, kita haruslah banyak bersabar.
"Dengan rendah diri saya merayu pada MPS agar dapat membantu pak cik ni.
"Ujian dan rezeki masing-masing kita adalah saudara tugas membantu sesama kita sangat penting.
"Gembira dapat jumpa ustaz, pelukan berserta tangisan sebak. Bila saya tanya apa boleh bantu pakcik ni tak mahu apa-apa.
'Saya hadiahkan RM1,000," jelasnya bersedih
Video yang dimuat naiknya dalam Instagram kini mencecah lebih 925,000 tontonan dan mengumpul sebanyak 225,000 sukaan.
@ebitlew : Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabun 90 peratus tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda. Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni.
Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS selayang dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1 ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa.
Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya.
Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat - ebitlew
Bagaimanapun ramai yang mengharapkan agar pak cik tersebut dijadikan pembekal sah barangan jagung di kedai runcit Elewsmart.
Bagi netizen, esok Sabtu, 18 Julai 2020 merupakan pembukan besar-besaran kedai runcitnya di lokasi pembukaan pilihan, oleh itu jagung adalah produk yang wajib ada di kedai tersebut.
Justeru setiap kesulitan yang hadir itu kadangkalanya mempunyai kebaikan yang lebih besar dan hebat dari apa yang dilakukankan semalam.
Dan beringatlah bahawa "Allah sayang kita semua". - KitaReporters
Pembukaan kedai runcit ElewsMart pada Sabtu, 18 Julai 2020.