TIADA solat tarawih pada bulan Ramadan dan solat Aidilfitri di semua masjid dan surau di seluruh wilayah di Indonesia pada tahun 2020 ini sebagai langkah untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.  Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Agama dalam laman sesawangnya kemenag.go.id. Edaran itu ditandatangan oleh Menteri Agama, Fachrul Razi. : KitaReporters

Menteri Agama, Fachrul Razi. Kredit foto: Detik.com

Edaran itu turut melibatkan larangan berbuka puasa bersama dan mengalakkan solat tarawih dilakukan di rumah serta pemberian zakat.

"Surat Edaran ini dimaksudkan untuk memberikan panduan beribadah yang sejalan dengan syariat Islam, sekali gus mencegah, mengurangi penyebaran, dan melindungi pegawai serta masyarakat Muslim di Indonesia daripada risiko Covid-19," kata Fachrul Razi  di Jakarta pada Isnin, 6 April 2020.

"Selain berkaitan pelaksanaan ibadat Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, edaran ini juga mengatur tentang panduan pengumpulan dan penyaluran zakat," sambungnya.

Berikut ini panduan yang tertuang dalam Surat Edaran No 6 tahun 2020:

  1. Umat Islam diwajibkan menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan dengan baik berdasarkan ketentuan fikih ibadah.
  2. Sahur dan buka puasa dilakukan oleh individu atau keluarga inti, tidak perlu bersahur on the road atau buka puasa bersama.
  3. Solat Tarawih dilakukan secara individu atau berjamaah bersama keluarga inti di rumah;
  4. Tilawah atau tadarus al-Qur’an dilakukan di rumah masing-masing berdasarkan perintah Rasulullah SAW untuk menyinari rumah dengan tilawah al-Qur’an;
  5. Buka puasa bersama baik dilaksanakan di pejabat kerajaan, pejabat swasta,  masjid maupun surau  ditiadakan;
  6. Peringatan Nuzul Qur’an dalam bentuk tabligh dengan menghadirkan penceramah dan kumpulan dalam jumlah besar, baik di jabatan kerajaan, jabatan swasta, masjid mahupun surau ditiadakan;
  7. Tidak melakukan iktikaf di 10 (sepuluh) malam terakhir bulan Ramadan di masjid/surau;
  8. Pelaksanaan Solat Aidilfitri yang lazimnya dilaksanakan secara berjamaah, baik di masjid atau di lapangan ditiadakan, untuk itu diharapkan terbitnya Fatwa MUI menjelang waktunya.
  9. Agar tidak melakukan kegiatan sebagai berikut: a) Solat Tarawih keliling; b) Takbiran keliling. Kegiatan takbiran cukup dilakukan di masjid/surau dengan menggunakan pengeras suara; c) Pesantren Kilat, kecuali melalui media elektronik.
  10. Silaturahim atau halal bihalal yang lazim dilaksanakan ketika hari raya Aidilfitri, boleh dilakukan melalui media sosial dan video call/conference.
  11. Pengumpulan Zakat Fitrah dan/atau ZIS (Zakat, Infak, dan Sedekah):a) Mengimbau kepada segenap umat muslim agar membayarkan zakat hartanya segera sebelum puasa Ramadan sehingga boleh disalur kepada pihak memerlukan lebih cepat.b) Bagi Pertubuhan  Pengelola Zakat untuk sebaik  mungkin meminimumkan pengumpulan zakat melalui kontak fizik, tatap muka secara langsung dan membuka gerai di tempat keramaian. Perkara tersebut diganti menjadi sosialisasi pembayaran zakat melalui layanan jemput zakat dan transfer melalui bank.c) Pertubuhan  Pengelola Zakat berkomunikasi melalui unit pengumpul zakat (UPZ) dan jawatankuasa  Pengumpul Zakat Fitrah yang berada di lingkungan masjid, surau, dan tempat pengumpulan zakat lainnya yang berada di lingkungan masyarakat untuk menyediakan alat untuk cuci tangan pakai sabun dan alat pembersih sekali pakai (tisu) di lingkungan sekitar.d) Memastikan petugas Pertubuhan Pengelola Zakat, lingkungan masjid, surau dan tempat lainnya untuk  melakukan pembersihan ruangan dan lingkungan penerimaan zakat secara rutin, khususnya tombol pintu, suiz  lampu, komputer, keyboard, alat pencatatan, tempat penyimpanan dan fasiliti lain yang sering terpegang oleh tangan. Gunakan petugas yang berpengalaman menjalankan tugas pembersihan dan gunakan bahan pembersih yang sesuai untuk keperluan tersebut.e) Mengingatkan para jawatankuasa  Pengumpul Zakat Fitrah dan/atau ZIS  untuk meminimumkan kontak fizik langsung, seperti berjabat tangan ketika melakukan penyerahan zakat.
  12. Penyaluran Zakat Fitrah dan/atau ZIS (Zakat, Infak, dan Sedekah):a) Pertubuhan Pengelola Zakat, Unit Pengumpul Zakat (UPZ) dan jawatankuasa  Pengumpul Zakat Fitrah dan/atau ZIS  yang berada di lingkungan masjid, surau  dan tempat pengumpulan zakat lainnya yang berada di lingkungan masyarakat untuk menghindari penyaluran zakat fitrah kepada Mustahik melalui tukar kupon dan mengadakan pengumpulan orang.b) Pertubuhan Pengelola Zakat Fitrah yang berada di lingkungan masjid, surau dan tempat pengumpulan zakat lainnya yang berada di lingkungan masyarakat untuk menghindari penyaluran zakat fitrah kepada Mustahik melalui tukar kupon dan mengumpulkan para penerima zakat fitrah.c) Pertubuhan Pengelola Zakat, Unit Pengumpul Zakat (UPZ) dan jawatankuasa Pengumpul Zakat Fitrah yang berada di lingkungan masjid, surau dan tempat pengumpulan zakat lainnya yang berada di lingkungan masyarakat untuk melakukan penyaluran dengan memberikan secara langsung kepada Mustahik. d) Pertubuhan Pengelola Zakat, Unit Pengumpul Zakat (UPZ) dan jawatankuasa Pengumpul Zakat Fitrah atau ZIS yang berada di lingkungan masjid, surau dan tempat pengumpulan zakat lainnya yang berada di lingkungan masyarakat untuk pro aktif dalam melakukan pendataan Mustahik dengan berkoordinasi kepada tokoh Masyarakat mahupun Ketua  daerah setempat.
  13. Petugas yang melakukan penyaluran zakat fitrah dan/atau ZIS  agar dilengkapi dengan alat pelindung kesihatan seperti topeng muka, sarung tangan dan alat pembersih sekali pakai (tisu).

0
0
0
0
0

Copy Link: