MERAKAM gambar praperkahwinan kini sudah menjadi kemestian bagi pasangan pengantin baharu, hari ini. Mungkin gambar berkenaan boleh digantung pada pada majlis, sekali gus memudahkan jemputan mengenali mana satu pengantin! Malah, momen raja sehari pada hari bahagia itu akan dijadikan kenangan manis sampai bila-bila, maklumlah kahwin hanya sekali dalam hidup! : KitaReporters

PASANGAN pengantin mencari sudut yang cantik untuk merakam momen indah pada hari bahagia mereka di Laguna beach. Kredit foto: TMXNews


Namun berbeza dengan pasangan dari California, Amerika Syarikat ini apabila momen merakam gambar praperkhwinan mereka mungkin boleh dianggap sebagai kenangan pahit.

Apa tidaknya… ketika sedang ralik menjadi sudut sesuai di sebuah batu besar di Laguna Beach, tiba-tiba ombak besar mengganas lalu menghentam pasangan berkenaan.

Situasi panik itu terus menyebabkan pasangan berkenaan tercampak ke lautan.

Alamak!!! Lencun habis baju gaun meleret pengantin tu…

Namun umur pasangan pengantin masih panjang dan berjaya diselamatkan biarpun dihanyut ke lautan.

PASANGAN berkenaan tercampak ke laut, tetapi berjaya diselamatkan oleh anggota pasukan bomba Laguna Beach, baru-baru ini. - kreit foto: Dailymail.co


Memetik laporan ABC7 Los Angeles, kejadian berlaku dengan pantas, ketika pasangan itu baharu memulakan sesi fotografi mereka.

Ketika dihanyutkan ke lautan pasangan berkenaan berusaha untuk kembali ke tepi pantai, namun ombak terus mengganas membuat mereka putus asa dan hampir lemas.

Namun nasib menyebelahi pasangan itu apabila bantuan bomba dan pengawal pantai tiba tepat pada waktunya dan menyelamatkan pasangan berkenaan.


Biarpun sesi fotografi tidak dapat disiapkan pada hari tersebut, namun pasangan tersebut bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius berlaku antara mereka.

Yang penting nyawa masih selamat... syukur!!!

DUA pengawal pantai berjaya menyelamatkan pengantin perempuan dan membawa semula ke daratan untuk diberikan rawatan.


Semoga kejadian itu menjadi pengajaran untuk kita semua lebih berhati-hati.

Ketika berusaha menjadi sudut yang sesuai demi menampakkan gambar yang wow, namun factor keselamatan perlu diberi keutamaan.

Jangan disebabkan gambar cantik nyawa pula melayang. Hati-hati ye!! - KitaReporters

SYUKUR pasangan berjaya diselamatkan dan direhatkan di pantai berikutan trauma dengan keadaan yang berlaku secara tiba-tiba.

1
4
0
0
1

Copy Link: