Khoirul Anam bersama kekasihnya dan keadaan tempat duduk belakang motosikalnya yang ditusuk paku tajam. - Kredit foto: BeritaHits.id


MEMPUNYAI teman wanita yang terlalu cemburu adalah sesuatu perkara yang kurang disenangi lelaki. Ia boleh  membuat hubungan yang sudah lama terjalin boleh terputus.

Bagi memastikan hubungan cinta tidak retak, kaum lelaki terpaksa mengunakan pelbagai cara untuk membuktikan kesetiaan kepada kekasih tetap utuh dan tidak melayani wanita lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kekasih


Keadaan tempat duduk belakang dipenuhi dengan paku tajam. - Kredit foto: Tribun Jogja


Seorang lelaki bernama Khoirul Anam dari Magelang, Jawa Tengah, Indonesia mempunyai cara tersendiri untuk membuktikan dia tidak pernah membawa wanita lain dan tetap setia bersama kekasihnya. Ini kerana kekasihnya yang terlalu kuat cemburunya mengesyaki Khoirul sering membawa wanita lain berjalan-jalan.

Untuk tujuan itu, Khoirul sanggup mengubah suai motosikal jenis Honda Beatnya dengan membuat pelapik khas untuk tempat duduk penumpang (pembonceng), yang ditusuk dengan sejumlah paku tajam.



Ini untuk mengelak orang untuk menumpang motosikalnya. Dan bagi teman wanitanya jika ingin menaiki motosikalnya terpaksa duduk di bahagian depan.

Demi membuktikan kesetiaannya, Khoirul tidak kisah menjadi tontonan orang ramai ketika membawa kekasihnya duduk di bahagian depan tempat duduk. Sementara pada tempat duduk penumpang kelihatan paku-paku tercacak.

Sejauh manakah apa yang dilaku oleh Khairol akan memastikan hubungannya dengan kekasihnya akan kekal? Adakah ia akan membuat kekasihnya membuang sikap cemburunya?

Demikianlah pandangan sejumlah netizen setelah gambar-gambar Khoirul bersama kekasih dengan keadaan motosikal Honda Beatnya yang diubah suai dimuat naik dalam laman Facebooknya. 

Kisah ini turut disiar dalam beberapa media utama menyebabkan ia cepat tular. - KitaReporters



 

4
3
2
5
0

Copy Link: