Video| Imam juga pendakwah meninggal di mimbar masjid! Ketika sampaikan ceramah tema kematian!
Published byDr Ruddin Emang (kanan) terjatuh ketika menyampaikan ceramah lalu meninggal dunia di dalam masjid. - Kredit foto: Paparan CCTV Masjid Baiturrahman Muhammadiyah Panaikang/Tribune News
SEORANG imam yang juga pendakwah dan pensyarah Fakulti Tarbiah Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Dr Ruddin Emang, 72, meninggal dunia di mimbar Masjid Baiturrahman, Panaikang, Tello, Kecamatan (Daerah) Panaikang, Makassar, pada Isnin, 26 April 2021 selepas solat zuhur.
Lagi cerita-cerita pilu berkaitan husnul khatimah
Dr Ruddin terjatuh dari mimbar dan meninggal dunia selepas membaca doa Nabi Yunus. Sebelum terjatuh di bibir mimbar, Allahyarham sempat menjadi imam solat zohor.
Lebih meruntun jiwa ialah tema kuliah Dr Ruddin itu membahas tentang kematian dan ajal yang setiap saat akan menjemput tanpa dijangka.
"Pak Ustaz Dr Ruddin meninggal ketika akhir bacaan ketiga doa Nabi Yunus, ketika berada dalam perut ikan paus.
"Selepas kata ‘amin’, eh dia terus jatuh," kata M Taufiq Tarang, seorang jemaah yang juga anak murid Allahyarham, kepada Tribun Makassar, pada pagi Selasa, 27 April 2021 di rumahnya.
Dr Ruddin tersungkur di mimbar semasa memberi ceramah. - Kredit foto: Tangkap layar video dari CCTV masjid.
Tambah Taufik, sebelum ajal menjemput, guru mengajinya itu sempat menyentuh soal musibah kematian 53 anak kapal selam kapal selam KRI Nanggala 402 di perairan laut Bali, jadi tema ceramahnya.
Salah seorang anak Allahyarham yang juga jemaah masjid meminta bantuan jemaah lain membawa ayahnya ke sebuah hospital kira-kira 400 meter dari masjid.
Kejadian itu disah oleh pihak pengurusan masjid dan UIN Alauddin Makassar dan mendoakan Dr Ruddin meninggal dunia dalam husnul khatimah.
Jenazahnya dikebumi di Moncongloe, Makassar pada Selasa, 27 April 2021. Dr Rudding meninggal dunia hanya selang kira-kira sebulan selepas kematian isterinya, Rahmiyati Razak. Mereka meninggalkan 10 anak. - KitaReporters
Jenazah Dr Ruddin Emang dikebumikan di sebelah kubur arwah isterinya, Rahmiyati Razak di perkuburan Kecamatan (Daerah) Moncongloe, Kabupaten (Kota) Maros di Makassar. - Kredit foto: TribunMakassar.com