Rumah baharu! 10 tahun keluarga Azlan duduk di bangsal buruk
Published by“SEJUJUR ambe tak ada kata2 indah utk ambe olah tulisan untuk dijadikan situasi ini supaya menjadi lebih menarik utk diambil perhatian. Juga tiada perkataan provok kepada mana pihak.. Jauh utk mnulis reka cipta juga menyalahkan memana pihak. Cuma... Hanya satu, marilah kita sama2 membantu insan ini.. Supaya hidupnya jua dapat pembelaan seperti insan2 lain. Semoga tuhan memberinya jalan keluar dari kemelut ini.” : KitaReporters
Azlan Arifin sekeluarga tinggal di pondok buruk Kampung Durian Telor, Hulu Besut mendapat perhatian netizen selepas tular dalam media sosial. - Kredit foto: FB Azman Ghazali
Lagi kisah-kisah berkaitan pondok buruk:
https://kitareporters.com/search?search=pondok
Begitulah secebis coretan ringkas pemilik Facebook Azman Ghazali, 50, dari Kampung Durian Telor, Hulu Besut, Terengganu.
Namun dengan catatan ringkas Azman tersebut ia dapat membantu dan menyelesaikan masalah kehidupan sekeluarga miskin dari Kampung Durian Telor, Hulu Besut, yang tinggal di sebuah pondok kecil dan uzur selepas ia tular dalam media sosial.
Susulan itu ramai netizen yang bersimpati dengan nasib malang Azlan Arifin, 30, dengan menghulurkan pelbagai bantuan bagi meringankan keluarga yang yang hidup dalam kedaifan.
Keadaan tempat tinggal keluarga Azlan bersama isteri dan anak-anak selama sepuluh tahun yang tinggal di pondok buruk peninggalan orang tuanya
Azlan yang bekerja sebagai buruh tinggal bersama isterinya, Siti Hazami Ibrahim, 29, dan tiga anak di sebuah pondok usang peninggalan orang tuanya sejak sepuluh tahun lalu kerana tidak mampu membina rumah yang lebih baik dan selesa.
Azman berkata, masalah kehidupan Azlan sebenarnya sudah lama dihadapi keluarga terbabit, tetapi entah kenapa dia tiba-tiba membuat catatan mengenai masalah keluarga tersebut dalam Facebook miliknya.
Penduduk kampung dan sukarelawan setempat mengangkut barang-barang keluarga Azlan untuk berpindah ke rumah baharu disediakan oleh MPKK Kampung Durian Telor, Hulu Besut.
“Selepas dua hari saya menulis catatan tersebut,
bukan sahaja netizen yang memberi respons simpati malah pelbagai badan sukarela
dan agensi kerajaan turut mengambil tindakan membantu keluarga Azlan,” katanya
ketika dihubungi.
Tegasnya, bukan niat dia untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, jauh sekali untuk mengaibkan pihak terbabit tetapi atas niat ikhlas saya cuba menular kisah keluarga berkenan dengan harapan ada pihak yang tampil membantu.
Azman Ghazali
Katanya, sejak kisah keluarga Azlan tular dalam media sosial, akhirnya ia turut mendapat perhatian pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta individu yang bersimpati.
Tular da Facebook milik Azman Ghazali mengenai nasib malang kehidupan Azlan Arifin
Pengerusi MPKK Kampung Durian Telor, Jizi Mohamad berkata, masalah kehidupan keluarga terbabit sudah diselesaikan apabila Azlan sudah dipindahkan ke sebuah rumah baharu tidak jauh dari bangsal tempat dia tinggal pada 17 Disember 2020 lalu.
Katanya, MAIDAM akan membayar sewa bulanan RM150
dalam tempoh setahun sebelum Azlan mendapat rumah baharu dari pihak berkuasa.
Beliau berkata, selain rumah, Azlah juga mendapat sumbangan berbentuk wang tunai, peralatan dapur dan keperluan-keperluan lain.
Zahari Mat (Tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Persona menyerahkan tilam kepada Azlan (tengah)
Sementara itu, Persatuan Solidariti Nasional (Persona) turut menyumbangkan peralatan termasuk tilam, bantal, tikar getah, barang dapur, pakaian dan kewangan.
Pengerusinya, Zahari Mat berkata, pihaknya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga terbabit dan mengambil tindakan segera untuk membantunya selepas mengetahui penderitaan yang mereka alami sebelum ini.
Nik Erra Nik Yahya (Tiga dari kanan) bersama Ahli Kumpulan Facebook Cakna Besut Terengganu (CBT) menyerahkan sumbangan barang keperluan dapur kepada Siti Hazami Ibrahim
Ahli kumpulan Facebook Cakna Besut Terengganu (CBT) pun tidak ketinggalan turun padang untuk membantu keluarga terbabit pada 18 Disember 2020.
Ketua Pentadbir CBT, Nik Erra Nik Yahya berkata, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan barangan keperluan selepas membaca kisah penderitaan keluarga tersebut dalam media sosial juga.
Ketua pentadbir kumpulan Facebook CCB Nik Erra Nik Yahya
Dalam pada itu, Azlan melahirkan rasa bersyukur dan terharu dengan sikap prihatin orang ramai terhadap keluarganya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tanpil membantu.
Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan hidup keluarga berkenaan boleh memberi sumbangan melalui isteri Azlan, Siti Hazami Ibrahim menerusi telefon 013-9019873 atau sumbangan juga boleh dilakukan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1111029000221646. - KitaReporters