Video| Mas kahwin super mewah? RM300k! Kebun sawit, cengkih! 60 rumah sewa! Tapi sebagai bahan konten?
Published byBanyak lamaran yang membabitkan mas kahwin dan barangan hantaran mewah berlaku di Indonesia. Terbaharu masyarakat Indonesia dikejutkan dengan majlis lamaran super mewah bernilai lebih RM500 ribu.
Ia membabitkan mas kahwin sebanyak Rp1 milyar (kira-kira RM300 ribu). Selain itu, turut diberi satu hektar kebun sawit dan satu hektar kebun cengkih. Turut diberi ialah 60 buah rumah sewa.
"Ananda Gufron, saya nikahkan engkau dengan putri saya Syifa Binti Zainudin dengan mas kawin wang tunai Rp 1 Miliar, 1 hektar kebun kepala sawit, 1 hektar kebun cengkeh, 60 kontrakan 120 jendela dibayar tunai," kata si bapa yang menjadi wali nikah.
Tak berselang lama, mempelai pria menjawab dengan lantang.
"Saya terima nikah dan kahwinnya Syifa Binti bapak Zainudin dengan mas kawin wang tunai Rp1 Miliar, 1 hektar kebun kelapa sawit, 1 hektar kebun cengkeh, 60 kontrakan 120 jendela dibayar tunai."
/
Rakaman video ini tular dan meraih lebih 7.3 juta tontonan. Rata-rata netizen terpegun dengan kemewahan pihak lelaki.
Namun para netizen marah setelah mengetahui majlis akad itu palsu. Ia hanya dibuat sebagai bahan kandungan.
Simulasi pernikahan itu berlangsung di Hotel Horison TC UPI Serang, Banten pada 30 Ogos 2024. Ia adalah untuk promosi acara akad nikah dan resepsi di hotel itu. - KitaReporters