Semua jenis lesen memandu dia pulun! Boleh bawa pelbagai kenderaan! Nak ambil lesen helikopter pula!

Published by
KitaReporters

Untuk memandu kenderaan, anda perlu mendapatkan lesen memandu terlebih dahulu. - Kredit Foto: Google Image.


Anda rasa bagaimana prestasi atau kualiti memandu rakyat Malaysia? Adakah teruk, sederhana atau bagus? Seperti negara-negara lain, untuk memandu kenderaan rakyat Malaysia perlu mengambil lesen memandu terlebih dahulu.

Sistem lesen memandu di Malaysia dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dibahagikan kepada pelbagai kelas mengikut jenis kenderaan yang boleh dikendalikan. 

Setiap kelas lesen mempunyai syarat dan kegunaan tertentu yang harus dipatuhi oleh pemandu. 

Secara umum, kelas lesen memandu di Malaysia boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Memandu Vokasional (GDL & PSV) dan akhir sekali Lesen Memandu Antarabangsa (IDP).

Manakala jenis-jenis lesen memandu yang ada di Malaysia ialah lesen A, kelas A1, kelas B, kelas B1, kelas B2, kelas C, kelas D, kelas DA, kelas E, kelas E1, kelas E2, kelas F, kelas G, kelas H dan kelas I.



Agak-agaknya berapa jenis kelas lesen anda ada? Penulis hanya ada satu iaitu kelas D yang membolehkan penulis memandu kereta transmisi manual dan automatik. Namun, bagi pemilik lesen kelas DA, mereka hanya dibenarkan membawa kereta transmisi automatik sahaja.

Tapi pernahkan anda melihat atau terjumpa mana-mana orang yang mempunyai lebih daripada dua atau tiga jenis lesen memandu? Kereta dia boleh bawa, motorsikal pun dia boleh bawa apatah lagi kenderaan berat. 

Orang macam ini biasanya adalah pemandu lori atau bas.



Perkongsian seorang lelaki, Leong Keen Wai yang dipercayai bekerja sebagai doktor tentang jenis-jenis lesen memandu yang dimilikinya benar-benar menarik perhatian. Bukan sahaja memunyai kerjaya yang hebat, malah memandu pelbagai jenis kenderaan pun dia hebat.

Dalam Instagram, dia berkongsi gambar lesen memandunya kepada umum. Ada dua kategori lesen yang dimiliki iaitu Lesen Memandu Kompeten dan Lesen Memandu Vokasional. 

Dalam Lesen Memandu, kelihatan ada beberapa jenis kelas kenderaan yang diambilnya iaitu B,C,D,E,H dan I. Manakala untuk Lesen Vokasional Malaysia pula ialah PSV D, PSV E, GDL E (berat kejur dan bersendi).



“Mereka kata saya boleh jadi apa sahaja. Jadi saya ambil setiap kelas lesen yang ditawarkan JPJ. Perjalanan bermula dengan impian saya memandu ambulans untuk bertindak balas terhadap kecemasan.

“Kemudian lori milik hospital di mana kami gunakannya untuk membawa peralatan dalam menghulurkan bantuan bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Ia menjadi tidak terkawal dan akhirnya saya memiliki semua jenis lesen memandu.

“Saya juga impikan untuk memiliki lesen memandu trak pengangkut Caterpillar 79, memulakan tindakan pantas Skuad Superbike Kecemasan untuk hospital saya dan belajar memandu kereta kebal tentera,” tulisnya.



Tidak cukup dengan itu, Keen Wai turut menyenaraikan perancangan masa depannya untuk memiliki lesen kenderaan yang agak luar biasa.



Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen memberi komen dan reaksi. Rata-rata menzahirkan rasa kagum dan terkejut.



“Bagaimana agaknya reaksi JPJ atau polis apabila melihat semua ini? Mesti tanya awak buat kerja apa kan,” tulis salah seorang netizen.

Ada juga menyamakan Keen Wai dengan permainan video kerana boleh bawa semua kenderaan. “Bro ibarat main GTA. Semua kenderaan boleh bawa,” tulisnya. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: