Video| Apa nak jadi? Sanggup jadi pengemis! Alasannya nak cari duit bagi belanja hantaran, berkahwin!

Published by
KitaReporters

.


Mencari rezeki dengan mengemis adalah salah satu cara mudah untuk mendapatkan wang. Dengan hanya berbekalkan bekas duit, kertas tanda mohon simpati dan aksi lakonan yang menghibakan di tempat awam akan menyebabkan ada insan yang bersimpati menghulurkan sumbangan.

Golongan pengemis ini tahu risiko akan ditangkap anggota pihak berkuasa dan dengan sejumlah taktik menyebabkan sebilangan mereka sukar diberkas dan tetap bebas beroperasi.

Biasanya tujuan mengemis adalah untuk membeli makanan, berubat atau untuk pulang kampung. Namun seorang lelaki bernama Muhajir dari Indrapuri, Aceh Besar, Aceh, Indonesia mempunyai sebab tersendiri untuk menjadi pengemis.


Muhajir sanggup jadi peminta sedekah untuk cari duit belanja kahwin

Dia merancang untuk berkahwin tetapi mempunyai masalah untuk menyediakan barang hantaran dan mengadakan kenduri. 

Setelah sudah lama memikir untuk berkahwin dan tunang sudah mendesak membuat Muhajir pening kepala. Akhirnya Muhajir membuat ‘kerja gila’. Dia sanggup menjadi pengemis untuk mengutip duit sumbangan orang ramai yang sudi membantu.

Dalam video yang dimuatnaikkan oleh akaun TikTok @Jackcm dan @sipalinggpp, kelihatan Muhajir berdiri di tepi sebatang jalan sambil memegang kotak sumbangan. 

Kotak yang dibawanya itu bertulis "sumbangan ikhlas untuk modal perkahwinan Muhajir".



Namun tidak ramai yang sudi menyumbang kepada Muhajie menyebabkan dia perlu masa yang lebih lama untuk mencukupkan belanja kahwinnya.

Langkah Muhajir kini tular dalam pelbagai media sosial dan turut dijadikan bahan berita media cetak dan elektronik.

maka, tidak mustahil ia akan menjadi trend. Nanti akan ada seseorang yang bersedia jadi pengemis untuk berkahwin. Lihatlah! - KitaReporters 


20
14
0
11
0

Copy Link: