Lelaki tertidur di atas tilam di kedai! Nak test sahaja tapi terus lena! Bersetuju beli tilam RM12k!
Published byPENGGUNAAN tilam yang sempurna bukan sahaja mempengaruhi rehat tetapi juga turut mempengaruhi kesihatan harian seseorang!
Namun untuk mencari tilam yang sesuai pasti memerlukan pilihan yang tepat bagi mencari tilam yang sesuai dan juga harga yang berpatutan.
Namun sesuatu yang melucukan berlaku di wilayah Zhejiang, China apabila seorang lelaki menggunakan kaedah berbeza semasa membuat pilihan untuk membeli tilam idamannya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kisah lucu
Memetik portal wowpost.com, lelaki itu telah mengambil keputusan untuk menguji tilam tersebut terlebih dahulu dengan cara tersendiri ketika memasuki kedai tilam di bandar Zhejiang pada 1 Oktober 2022, lalu.
Situasi berkenaan menjadi tular dalam media sosial apabila pemilik kedai tilam berkenaan memuat naik rakaman seorang pelanggannya yang tertidur di atas sebuah tilam semasa membuat pilihan tilam yang ingin dibeli.
Bagaimanapun tindakan yang dilakukan pembeli berkenaan mendapat keizinan pemilik kedai untuk menguji tilam berkenaan.
Wah!! Peluang keemasan ni kerana bukan semua kedai menawarkan cara unik berkenaan kepada pelanggan atas beberapa faktor termasuk kebersihan.
Lebih menarik, pekerja kedai berkenaan bukan sahaja memberi peluang untuk merasai ‘kesedapan’ tilam berkenaan tetapi juga turut menghulur selimut dan menutup lampu dan membiarkan pelanggan menikmati.
“Pelanggan berkenaan datang untuk membeli tilam, cuba berbaring dan tiba-tiba sahaja, kami mendengar dia berdengkur,” kata pemilik kedai.
Namun sebaik sahaja lelaki itu bangun daripada tidurnya yang lena lelaki berkenaan terus membuat keputusan untuk membeli tilam tersebut.
Ternyata tilam itu sangat selesa kerana pelanggan itu hanya tersedar pada keesokan hari dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran tilam berkenaan yang bernilai S$3,823 (RM12,390).
Nasib baik pelanggan berkenaan jujur dan mahu membeli bagaimana pula jika pelanggan hanya suka-suka sahaja, pasti merugikan kedai berkenaan. - KitaReporters