Cerahi Kehidupan Bersama Top! Ceriakan pelajar Kembali Ke Sekolah! Top dan Mydin lancar kempen derma!
Published byKEMPEN kembali ke sekolah dengan slogan Kembali ke Sekolah: Cerahi Kehidupan Bersama Top memberi sinar baharu kepada anak-anak dari keluarga miskin yang terpilih untuk mendapatkan peralatan belajar apabila produk itu memilih 200 murid sebagai penerima sumbangan bagi memulakan kelas darjah satu mulai sesi pengajian Januari 2023.
Top akan memilih 200 kanak-kanak komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor, Palau Pinang, Johor Bharu dan Kuala Lumpur untuk menerima barangan kembali ke sekolah bagi sesi pengajian 2023/2024.
Kelengkapan yang disediakan untuk setiap murid termasuk pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil warna. Usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama rangkaian pasar raya di seluruh negara.
Dengan pembelian produk detergen jenama Top di Mydin di seluruh negara mulai 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023, sumbangan akan disalurkan untuk menyediakan keperluan kepada murid berkenaan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Kembali Ke Sekolah
Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, berkata pihaknya sangat komited dalam membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik ini dengan menghimpunkan dana bertujuan mengubah kehidupan keluarga miskin agar anak-anak mendapat menikmati kemudahan pendidikan supaya masa depan mereka tidak terjejas.
Katanya, apabila bermula sesi persekolahan, maka sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baharu persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baharu sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah.
Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baharu persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi.
Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%, Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar. Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan.
"Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad.
"Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumah tangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang berisiko.
"Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah, seterusnya menyumbang kepada peningkatan jurang pendapatan.
"Kunci dalam mengurangkan ketidaksamaan pendapatan masyarakat dapat dicapai menerusi galakan dan meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan rentan (vulnerable) ini," katanya.
“Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama Top, yang melibatkan kerjasama Mydin untuk melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif mendapatkan peralatan belajar ini,” katanya lagi.
Top akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baharu persekolahan, memberikan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat ketenangan minda bahawa mereka juga mempunyai kelengkapan baharu yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.
Sejak diwujudkan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top telah memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar dari 97 komuniti di seluruh negara, pada masa sama menyumbang produk-produk detergen Top kepada keluarga dan penjaga mereka.
Sesuailah dengan kempen itu, Top yang baru-baru ini memperkenalkan rangkaian Top Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekali gus dengan penuh yakin.“Peningkatan kos kehidupan adalah satu isu global dan golongan miskin bandar adalah kumpulan masyarakat yang paling berisiko.
"Persediaan kembali ke sekolah bagi untuk seorang pelajar sahajapun mampu memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga ini. Namun demikian, pendidikan juga aspek penting dalam memastikan kanak-kanak terlibat keluar daripada kitaran kemiskinan.
"Mempunyai kelengkapan kembali ke sekolah yang serupa dengan pelajar-pelajar lain mampu memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan.
"Inilah sebab kempen Cerahi Kehidupan Bersama Top menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu rakyat Malaysia lain mencapai potensi penuh mereka.
“Kami amat menghargai kerjasama dengan Mydin demi harapan dapat membantu anak-anak kita semua agar tidak terganggu usaha untuk mendapatkan pendidikan,” katanya. - KitaReporters