Mohamad Azlan Al-Amin


Kejayaan jutawan hartanah Mohamad Azlan Al-Amin sering dijadikan inspirasi kepada golongan muda di negara ini kerana tokoh usahawan ini memulakan kerjayanya dari bawah dan apabila sudah berada di atas, keperibadiannya disenangi ramai pihak.

Sehubungan itu Khalifah Nasional Malaysia sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga berpendapat yang sama malah menyeru anak-anak muda bumiputera agar mencontohi Mohamad Azlan sebagai ikon mereka untuk bangkit berjaya.

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani ketika dihubungi baru-baru ini berkata, kehidupan jutawan hartanah tersebut yang bermula dari kosong kemudian berusaha mendaki bukit sedikit demi sedikit merupakan contoh terbaik untuk sesiapa sahaja bangkit daripada kemiskinan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mohammad Azlan Al-Amin

Dr. Mohd Fared Abdul Ghani  (kiri) bersama jutawan hartanah Mohamad Azlan Al-Amin dalam pertemuan berkongsi kejayaannya baru-baru ini.


"Mohamad Azlan bermula sebagai pemungut sampah pada peringkat awalnya dan dengan tekad yang tinggi serta bermodalkan sebidang tanah, beliau terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Meskipun bukan sedikit cabaran dan ujian yang dihadapinya sepanjang perjalannya itu namun beliau tidak pernah berhenti tetapi terus mendaki.

"Hari ini beliau diberi gelaran jutawan hartanah kerana bidang yang diceburinya itu memberikan hasil yang cukup lumayan. Namun bukan hanya kejayaan dan pangkat yang diperolehinya itu yang mengundang kekaguman kita tetapi cara pembawaan dirinya yang serba sederhana dan tidak melupakan asal usulnya itu yang lebih utama,” ujarnya.

Dr. Mohd Fared berkata, sikap yang ada pada diri Mohamad Azlan itulah yang mendorong beliau mangajak anak-anak muda terutama bumiputera supaya meniru  cara jutawan hartanah tersebut yang cukup kuat ketahanan mentalnya apabila diuji dalam hidup dan perniagaan.



“Kekuatan dalamannya dan semangat  yang bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib dirinya telah meletakan dirinya ditahapnya kini.  Justeru saya menyeru anak-anak muda dalam situasi ekonomi yang tidak stabil dan sederhana kini, anak muda perlu bangkit, berusaha dan mencari jalan sendiri untuk berjaya dan tidak seharusnya menjadikan kerajaan sebagai sandaran semata.

"Apabila sudah mempunyai kekuatan untuk mengubah nasib teruskan usaha dan  tidak bergantung kepada kerajaan sepenuhnya kerana hanya kita yang mampu mengubah nasib sendiri. Saya sendiri secara peribadi berkesempatan untuk bertemu dengan Mohamad Azlan dan mendengar kisah kejayaannya dan saya mengaguminya," katanya.

Tambahnya, meski pun usahawan tersebut berhadapan dengan dengan pelbagai ujian kini, pihaknya percaya masalah tersebut mampu diselesaikan secara baik.

"Saya difahamkan Mohamad Azlan telah mengambil tindakan saman terhadap pihak yang mengeluarkan fitnah dan saya berharap perkara tersebut dapat diselesaikan tidak lama lagi. Beliau juga  memberi kepercayaanya kepada saya untuk menjadi orang tengah atau pendamai kepada apa-apa perkara yang telah berlaku. 

"Apa yang lebih utama kini, kepada golongan belia di luar sana, rebutlah peluang dalam bidang perniagaan dan jadikan jutawan hartanah ini  ini sebagai ikon kalian," katanya. - KitaReporters


9
17
0
7
0

Copy Link: