Bot karam, 30 jam hanyut di laut! Pemancing hanya berpaut kepada tong minyak! TLDM selamatkan mangsa!
Published by
HANYA berpaut kepada sebuah tong minyak berwarna putih untuk dijadikan sebagai `teman setia’ dan tempat bergantung selama 30 jam di lautan, seorang pemancing berjaya diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kedudukan 5.5 batu nautika Barat Tanjung Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 1.30 petang 26 Januari 2023.
Sebelum itu, mangsa yang bernama, Deris Dulim, 64, berasal dari Kampung Mengkabung, Tuaran bersama dua rakannya dikatakan keluar memancing pada pukul 6 pagi, 25 Januari 2023 sebelum bot yang mereka naiki karam dipukul oleh ombak besar di Barat Laut Tanjung Karambunai, Kota Kinabalu berdekatan muara Pantai Dalit, Tauran.
Bagaimanapun, ketika kejadian itu berlaku, dua rakan mangsa yang memakai jaket keselamatan berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke pesisir pantai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kapal taau bot karam
DERIS Dulim ketika ditemui hanya selamat akibat berpaut kepada sebuah tong minyak berwarna putih selama 30 jam di lautan sebelum diselamatkan TLDM pada pukul 1.30 petang 26 Januari 2023. - Kredit foto: TLDM
Akibat tragedi itu, Deris dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali hanya sempat berpaut kepada sebuah tong minyak dari bot itu yang timbul di air selepas bot mangsa tenggelam.
Selama 30 jam, pemancing itu terpaksa memegang tong minyak tersebut agar terapung di permukaan laut yang bergelora dan apabila merasa dahaga, mangsa terpaksa juga minum air laut.
ANGGOTA TLDM berjaya menyelamatkan mangsa (tengah) untuk dibawa pulang ke Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. - Kredit foto: TLDM
Berikutan kejadian itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan pada 1 petang selepas Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 10 pagi.
Lima buah kapal TLDM terbabit dengan operasi tersebut termasuk KD Sundang, KD Rencong, KD Serang, KD Ganas dan KD Jerong bersama bot Pengawal 39 dan Pasukan Polis Marin.
Turut terlibat ialah aset UAS Scaneagle M603-7 yang dioperasikan Skuadron 601. Dron itu telah diterbangkan dari udara untuk membantu mencari mangsa yang hilang.
Kredit foto : TLDM
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, setelah memasuki hari kedua mencari mangsa, pihak berjaya menemui dan menyelamat mangsa di lokasi tersebut.
Beliau berkata, ketika ditemui mangsa hanya berpaut
pada sebutir tong minyak untuk terapung-apung di permukaan air laut selepas bot
mangsa karam.
``Melihat keadaan Deris yang lemah dan tidak bermaya itu, KD Sundang telah menurunkan botnya untuk mengambil mangsa sebelum dibawa ke aengkalan TLDM Kota Kinabalu.
``Mangsa seterusnya diserahkan ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu untuk rawatan selanjutnya,’’ katanya. - KitaReporters
Kredit foto : TLDM