Video| Uniknya Keluarga Malaysia! Pemuda Cina tunggu rakan-rakan pergi solat! Curi perhatian netizen!
Published byPERKONGSIAN seorang pemuda Cina yang menunggu rakan-rakannya dalam kereta ketika mereka pergi solat di sebuah masjid telah menjadi tular dalam media sosial sehingga lebih daripada tiga juta tontonan.
Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernam @ooiliangchia, beliau turut menceritakan rakan-rakannya akan memberi kopiah atau songkok untuk dipakai setelah selesai menunaikan solat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan semangat perpaduan
“Bila kau seorang Cina dan kau keluar dengan geng kau yang semua Melayu, waktu solat ni kau kena masuk masjid dan tunggu diaorang solat di luar masjid," katanya.
Menjengah dalam ruangan komen, pengguna media sosial memuji sikap hormat lelaki Cina itu terhadap rakan-rakannya meskipun berlainan bangsa dan agama serta ada yang turut berkongsi melalui pengalaman yang sama bersama rakan-rakan yang lain.
“Saya pun sama, walaupun bukan Islam apabila jalan jauh bersama rakan yang lain akan berhenti di Rumah Rehat (R&R). Kadang kala saya ingatkan mereka untuk menunaikan solat apabila masuk waktu,” kongsi @user7097.
“Saya pun dulu kena seperti ini, bila dah biasa, apabila makan pernah kena sound dengan rakan bukan Islam tidak baca doa ke, sudah lupa Tuhan, terus kami gelak,” jelas @Nbella.
“Sangat relate, sampai kawan-kawan saya pun sudah tidak anggap saya cina,” tulis @vivintherock. - KitaReporters