Perbezaan fahaman politik menyebabkan berlaku pergaduhan dalam anggota keluarga berlaku di mana-mana negara. Tragedi terbaharu terjadi pada Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres) 2024 baru-baru ini.

Di Banten, Jawa Barat, seorang ibu mentua sanggup menghalau menantunya dari rumahnya kerana berbeza fahaman ketika melakukan pengundian Pilpres 2024.

Ibu mertua penyokong kuat Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka. Sementara menantu bernama Ozy adalah penyokong kuat pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar.


Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah sewa di  angkasbitung, Lebak, Banten, dengan kesemua ahli keluarga menyokong Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming kecuali Ozy yang menyokong Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar. 

Gara-gara berbeza pilihan, lelaki itu dimarahi mak mentua sampai sampai diusir dari rumah. Si isteri tidak dapat membela suaminya kerana takut terhadap orang tuanya itu.



Malang nasib Ozy, diusir dari rumah kerana mengundi  pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar pada pengundian Pilpres 2024. 

Ketika Ozy diusir dari rumah, salah seorang anggota keluarga merakam dalam video dan dimuat dalam laman TikTok lalu tular. 

Terlihat pada video, si mentua yang memakai baju putih bergambar Prabowo-Gibran memegang kotak dan melempar ke arah menantunya. Dengan mengguna dialek Sunda Banten, si mentua memarahi dan mengusir si menantu.



Ozy yang memahami amarah ibu mentuanya itu, mengambil kotak dan mengisinya dengan pakaiannya. Satu per satu Ozy  mengambil pakaian dari almari dan meletak dalam kotak seperti orang yang akan pergi jauh meninggalkan isteri dan anak kecilnya.

"Iya benar, karena saya dukung 01 (Anies-Muhaimin). Kerana beda pilihan dengan keluarga. Keluarga semua pilih dan dukung 02 (Prabowo-Gibran)," kata lelaki yang bekerja sebagai pemandu van barang kepada media TribunJakarta.com, pada Khamis, 15 Feruari 2024. 

Menurut Ozy, dia diusir ketika keluarga melihat pada TV hasil hitung awal (quick count) pada Rabu, 14 Februari 2024 yang menyatakan Prabowo-Gibran menang. Ia membuat Ozy begitu emosi terhadap keputusan tidak rasmi itu.

Pertengkaran berlaku dalam rumah itu sehingga menyebabkan ibu mentua mengusir si menantu.



Hasil quick count berkenaan, pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming dilaporkan memperoleh lebih 50 peratus undian bagi membolehkan kedua-dua mnereka dilantik sebagai Presiden dan Naib Presiden Indonesia akan datang.

Komisi (Suruhanjaya) Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI) akan  mengumumkan keputusan rasmi pemenang Pemilu 2024 paling lewat pada 20 Mac 2024 ini. - KitaReporters


17
11
0
12
0

Copy Link: