Video| Pertunangan unik! Budak 4 dan 5 tahun bertunang! Penuhi nazar ibu bapa! Bernikah bila dewasa!

Published by
KitaReporters


Bertunang ketika kecil dan berkahwin setelah dewasa. Itulah antara tradisi yang dilakukan oleh sejumlah masyarakat  di pulau Madura, Jawa Timur.

Terbaharu yang menjadi tular ialah pertunangan dua kanak-kanak. Si lelaki berusia 5 tahun sementara si perempuan berusia 4 tahun.



Majlis pertunangan berlangsung di di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur baru-baru ini dan tular setelah videonya dimuatnaikkan oleh pengguna akaun TikTok @massaki90.

Kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Azka, anak kepada pasangan Haji Zahri dan Hajah Zainab. Sementara nama kanak-kanak lelaki tidak dinyatakan.


/


Bagaimanapun difahamkan kedua-dua bapa pasangan berkawan baik ketika mereka bekerja di Arab Saudi dan nazar dibuat kira-kira 8 tahun lalu. 

Dan ketika di Arab Saudi, kedua-dua sahabat ini bernazar akan menjodohkan anak masing-masing bagi mempererat silaturahim.


/

Budak lelaki (kiri) yang bertunang dengan Azka

Pada awalnya majlis pertunangan dicadang dilaku secara ringkas, namun ayah pihak lelaki mahu majlis dijalankan secara meriah. 

Pihak lelaki memberi beberapa barangan hantaran mewah. Si tunang menerima sebentuk cincin dan gelang emas selain barangan lain seperti pakaian, kasut dan barangan makanan.

Ikut perjanjian majlis persandingan hanya akan diadakan setelah masing-masing menghabiskan pengajian pada peringkat universiti. - KitaReporters

Ibu bapa Azka, Zahri dan Zainab

24
27
0
24
0

Copy Link: