JABATAN PENDIDIKAN, AGAMA!! TENGOK JE KE??

Published by
KitaReporters

 

JIKA dahulu guru ibarat ibu bapa dan individu paling penting kepada pelajar sepanjang berada di sekolah, apa sahaja yang ‘diluahkan’ oleh guru pasti akan diiyakan sahaja oleh anak didiknya. Ada ketikanya, kedudukan guru lebih tinggi daripada ibu bapa terutama bagi yang baharu melangkah ke alam persekolahan, apa sahaja yang dikatakan guru itu adalah yang terbaik dan pasti akan diikut. : KitaReporters.com

SEORANG guru merangkak di dalam kelas menjadi tular di laman sosial. - Kredit foto: Pendidik2u.my


Malah, gelaran guru itu tetap disanjung sehingga akhir hayat seorang individu bergelar pendidik… Itulah mulia kedudukan guru suatu masa dahulu.

Namun kini guru bukan lagi individu yang disanjung seperti hari dulu, jika disanjung pasti tiada insiden kereta guru digores, guru dipukul dan ditengking anak murid sendiri dan lebih parah membunuh guru akibat tidak puas hati.

Terbaharu, tular dalam media sosial apabila seorang guru ‘didenda’ merangkak di dalam kelas oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada seorang murid.

Tindakan itu dipercayai berlaku sebagai hukuman atas tindakan guru terbabit yang bertindak menghukum anaknya dengan kesalahan sama pada hari sebelumnya.

Sangat menyedihkan… mana adabmu wahai manusia?

Sepatutnya sebagai ibu bapa kita patut berterima kasih kerana guru itulah yang mendidik dan mengajar anak sehingga menjadi manusia berguna.

Apa punya manusia ni.. biadab sungguh!


Kisah berkenaan sangat memilukan selepas mendapat tular berikutan rakaman video berdurasi dua minit 17 saat di laman sosial.

Memetik laporan Harian Metro, rakaman itu mula dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Asmadi As-Ad Dimasyiqi (https://www.facebook.com/ummiAlqayyum) bersama kapsyen ringkas yang menunjukkan rasa kesalnya atas apa yang berlaku.

“Cukup kurang ajar, sebagai parent (ibu bapa) awak telah menghancurkan hati semua guru di seluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu untuk anakmu."

“Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambil tindakan buat insan ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambil masa seminggu handle (uruskan) sahaja untuk uruskan kelas, uruskan kerenah anak-anak murid,” katanya. 

Lebih menyedihkan tindakan biadab wanita yang dipercayai ibu kepada seorang murid turut kedengaran ketika menerjah masuk ke dalam kelas untuk bertemu dengan ustazah terbabit.

Lebih menjengkelkan, wanita yang layak dianggap  kurang ajar bertindak merakam perbuatan ustazah merangkak, yang turut diikuti beberapa pelajar sebelum menularkan dalam media sosial.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama (madrasah) di Bagan Datoh, Perak.

Video yang menyedihkan, sekali gus memalukan dan menjatuhkan profesioalisme perguruan. - Kredit video: https://www.facebook.com/Borneo8888/posts/2275300202772193


Melihat rakaman tersebut, rata-rata netizen mengkritik tindakan ibu tersebut kerana disifatkan seperti menjatuhkan martabat seorang guru.

Sangat memalukan, kejadian itu disaksikan oleh murid-murid dan seorang lagi ustazah dalam kelas berkenaan.

Ini terlalu biadab!

Sementara itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menzahirkan rasa kesal atas tindakan seorang ibu mengaibkan guru sekolah agama apabila memaksa guru berkenaan merangkak sekeliling kelas.

Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan wanita terbabit menyuruh ustazah sekolah itu merangkak di hadapan murid mencabar profesionalisme seorang guru.

“Sewajarnya seorang ibu jika ada isu berkaitan dengan guru perlu dibawa ke meja perundingan dengan pihak sekolah dan bukan mengambil tindakan tersebut secara terburu- buru tanpa kawalan emosi dengan mengaibkan guru tersebut. 

“Ibu tersebut sepatutnya boleh berbincang dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau menggunakan saluran perundangan yang bersesuaian,” ujarnya.

Dalam pada itu, ada kalangan netizen mahu siasatan dan tindakan diambil terhadap ibu berkenaan.

Menurut Semangat Jebat, yang meninggalkan komen, berkata: “Kurang ajar betul dia buat guru macam ini, biadab sungguh, suruh dia ajar anak dia sendirilah kalau tak nak kena denda. 

"Adatlah mengajar, mesti ada denda. Kalau marah pun tak kan sampai suruh guru merangkak.

“Maruah guru itu tinggi, darjat guru itu tinggi, mereka seperti ibu bapa kita juga. Sampai hati lakukan guru sebegini seperti orang yang tak bertamadun.".

Sementara itu, Zuan’s Radzeem pula berharap polis akan mengambil tindakan terhadap ibu biadab tersebut.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) carilah orang ini, kurang ajar,” tegas beliau. - KitaReporter.com

1
1
17
0
1

Copy Link: