WANITA di Asia Selatan dan Asia Tengah, khususnya India, Pakistan, Iran dan Iraq, berdepan dengan keganasan jenayah yang bersifat diskriminasi jantina, seperti pembunuhan kerana kehormatan (honour killing) dan kes rogol, baik oleh seorang atau beramai-ramai. Dalam kedua-dua jenayah tersebut, mangsa yakni wanita yang dipersalahkan. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan wanita:

https://kitareporters.com/search?search=wanita


Ini yang berpunca daripada sikap patriach (kebapaan) yang meletakkan lelaki sebagai kaum lebih dominan berbanding wanita dalam hieraki masyarakat tersebut. 

Rabu, 9 September 2020 lalu menjadi ‘titik hitam’ dan ngeri dalam kehidupan seorang wanita bersama tiga orang anaknya yang berumur kurang lapan tahun apabila didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dan melakukan serang seksual dan bertindak merogolnya (ibu). : KitaReporters

Ketua pegawai penyiasat kes ibu yang dirogol beramai-ramai mengeluarkan kenyataan bahawa kesalahan itu adalah berpunca daripada mangsa. - Kredit foto: BBC



Punca kejadian bermula setelah kereta dipandu oleh si ibu kehabisan petrol di Lebuh Raya Lahore-Sialkot timur bandar Lahore, Pakistan. Ibu malang itu cuba menghubungi keluarga dan polis bantuan lebuh raya untuk mendapatkan bantuan. 

Malangnya si ‘durjana’ yang sampai terlebih dahulu dan mereka memecahkan tingkap kereta wanita malang itu dengan bersenjata api bersikap agresif tanpa menghiraukan pengguna-pengguna kenderaan lain di lebuh raya tersebut.

Penjenayah-penjenayah itu telah  mengheret mangsa dan tiga orang anaknya terus ke kawasan lapang sebelum memperkosa wanita itu.

Selepas selesai ‘buat kerja’ terkutuk itu, kedua-dua suspek sempat mencuri wang tunai, barangan kemas dan kad bank milik mangsa sebelum melarikan diri. Jumlah kerugian yang dialami mangsa tidak ketahui.

Susulan kejadian itu, orang ramai meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa serta anaknya yang trauma akibat kejadian itu. Berita sedih ini turut mengundang kemarahan orang ramai dan segelintir daripada mereka turut menyalahkan sikap kerajaan.


 Situasi ini kian bertambah ‘tegang’ apabila Ketua Polis Bandar Lahore, Umar Sheikh selaku ketua pegawai penyiasat kes kejadian dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kesalahan itu adalah berpunca daripada mangsa.

Ketua Polis itu turut mempersoalkan dan berkata, sepatutnya mangsa menggunakan laluan lebih selamat dan mengisi penuh petrol sebelum memulakan perjalanan.

Kenyataan itu mendapat kecaman masyarakat yang menyifatkan seakan-akan ‘perogol-perogol’ itu tidak bersalah dan yang bersalah adalah ‘mangsa’.

Kes itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dalam ciapan Tweeternya yang meminta polis segera menangkap dan menghukum suspek.

"Perbuatan jenayah itu (rogol) adalah kejam dan tidak boleh diterima oleh masyarakat yang bertamadun. Ia juga bertentangan dengan nilai sosial kita dan mencemarkan keharmonian masyarakat," katanya.

Kumpulan hak asasi global Pakistan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain telah mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah keras  terhadap kes rogol yang menimpa ke atas wanita bersama tiga anaknya. - Kredit foto: AP


Dalam perkembangan yang lain, kumpulan hak asasi global Pakistan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain telah mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah keras  terhadap kes rogol itu dan mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas.

"Pakistan mesti menitikberatkan perkara melindungi keselamatan kaum wanita daripada keganasan dan memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan. Saya berharap tidak lama lagi kita akan dapat mengenal pasti mereka dan menangkapnya," kata Inam Ghani, Ketua Polis wilayah Punjab.

Pihak polis kini sudah pun menahan seramai 15 lelaki yang disyaki bagi membantu siasatan kes ‘rogol’ tersebut.

Menurut statistik Polis Punjab, daripada sebanyak 2,043 kes yang telah direkodkan, 111 kes melibatkan perbuatan rogol ‘beramai-ramai’ atau ‘secara bergeng’ di wilayah Punjab pada tahun 2020 ini. 

Walaupun kejadian rogol berkumpulan atau ‘rogol secara bergeng’ dianggap sebagai kes terpencil di Pakistan, namun hampir 1,000 wanita dibunuh setiap tahun dalam erti kata lain bermaksud pembunuhan kerana kehormatan kerana didakwa menyinggung moral konservatif di negara itu. - KitaReporters

Penyokong kumpulan agama ‘Jamaat-e-Islami, membawa sepanduk yang bertuliskan“ pelaku kekejaman terhadap wanita dan kanak-kanak harus digantung di depan umum ”semasa demonstrasi di Lahore. - Kredit foto: AP


Sumber: 

https://www.dw.com/en/pakistan-thousands-protest-over-gang-rape-investigation/a-54907968

https://www.theguardian.com/society/2020/sep/11/backlash-in-pakistan-as-police-appear-to-blame-woman-motorist-for-gang

https://indianexpress.com/article/pakistan/pakistan-gangrape-lahore-sialkot-protests-6593131/

 

0
0
3
0
2

Copy Link: