KINI #LathiChallenge menjadi ikutan masyarakat dan dan ada yang mengatakan ia tidak sesuai dengan budaya dan agama kita sebagai orang Melayu dan umat Islam. Sebagai alternatifnya, selebriti Norman Hakim, 44, mengajak orang ramai menyertai satu cabaran yang lebih berfaedah dan berkesan iaitu #BarzakChallenge (#CabaranBarzakh) iaitu cabaran kematian. : KitaReporters

Norman Hakim merasai sendiri #Barzakh Challenge. - Kredit foto: Norman_hakim 786

Bagi Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, cabaran itu lebih baik dilakukan berbanding #LathiChallenge kerana boleh menimbulkan rasa insaf seolah-olah berhadapan dengan saat kematian.

Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya.

"Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni. 

“Kalau saja nak ‘try dan feel’ #BarzakhChallenge ni, Insya-Allah senang je. Saya dah try, 

"Masya-Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni,“ katanya dalam posting Instagramnya Norman Hakim_786.


“Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit daripada #LathiChallange. Yang bestnya boleh simpan terus. 

"Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti benda dah ada. Jadi ini dia barang-barang persiapan untuk #BarzakhChallenge, “ tulisnya.

“Dikafankan, bau kapur barus, bacaan Yasin, memang terus rasa Insaf,” tambahnya.

Dalam postingannya, Norman turut menyatakan barangan yang perlu disediakan dan proses menjalankan cabaran ini.

“Cari dan potong kain putih, ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing-masing dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki. 

“Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan.

“Untuk lelaki disunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban. 

"Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit). 

“Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali. 

“Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’, sediakan kapur barus secukup rasa aroma dan baunya 

“Minta tolong orang pakaikan, buka apps Surah Yaasin, lepas tu pejam saja mata dan ‘feel’ the moment dari mula-mula kita lahir sampai kita berbaring ni.

 “Mudah saja, tak payah nak menari-menari lepas tu buat muka menakutkan. 

"Yang atas ni pun, tak payah buat muka. Saya tengok balik pun saya dah seram,” kongsinya.  

Tambah Norman, dia tidak mempunyai apa-apa tujuan  sebaliknya ingin berkongsi perkara-perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat. 


“Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara macam ni. 

“Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sebab dia dah tahu saat ajal dia nak tiba,” tulisnya.

Sebenarnya #BarzakhChallenge yang dilaku oleh Norman ini telah dilakukan di negara ini dan Indonesia sejak lama dahulu, cuma namanya berbeza.

Terdapat pertubuhan tertentu yang mewajibkan individu itu untuk benar-benar merasai suasana kematian iaitu daripada dimandi, dikafan, disembahyang dan dimasuk ke liang lahad dan ditalkin.

Bagi individu yang pernah mengalami suasana di alam barzakh, ia merupakan pengalaman yang cukup menakut dan menginsafkan..

Ada berani untuk menyertai cabaran alam barzakh yang lebih eksrem? - KitaReporters


Berikut adalah tulisan penuh Norman Hakim dalam Instagramnya:

"Ini bukan #LathiChallenge . Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni. Kalau saja nak ‘try & feel’ #BarzakhChallenge ni, in shaa Allah senang je.

"Saya dah try,ma shaa Allah mmg menginsafkan terutama orang yg banyak dosa mcm saya ni.. Btw barang2 yg diperlukan utk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange .

"Yang bestnya boleh simpan terus. Andai diperlukan bila betul2 ‘sampai masa’ nanti, benda dah ada. Memudahkan sikit urusan orang2 yang hidup disekeliling utk uruskan kita. Just bagitau je isteri, anak2 atau waris kat mana kita simpan.

"So ni la dia barang2 persiapan untuk #BarzakhChallenge ;.

"1. Cari & potong kain putih,ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing2 dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki.

"2. Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan.

'3. Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban.

"4. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit).

"5. Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali.

"6. Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi ‘feel’, sediakan kapur barus secukup rasa aroma & baunya.. 

"Senang sikitkan dari #LathiChallenge ? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan,bukak apps Surah Yaasin, pastu pejam je mata diam2 & ‘feel’ the moment dari mula2 kita lahir sampai la kita berbaring ni.

"Simple je, tak payah nak menari2 bagai pastu buat muka menakutkan. Yang atas ni pun, takyah buat muka. Saya tengok balik pun saya dah seram😅

"Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara mcm ni☝🏻

"Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sbb dia dah tahu saat ajal dia nak tiba ..

"Last but not least,salah satu tanda kasih sayang Allah s.w.t pada kita; kita masih mampu ucap kalimah ALLAH dan LA’ILAHA’ILLALLAH walau dalam keadaan mulut ternganga pada saat Sakratul Maut.

"Tak percaya? Cer cuba..Sekadar peringatan buat diri sendiri & renungan kita bersama🤘🏻"

0
0
1
0
0

Copy Link: