Chile mahu beri sijil sembuh penyakit Covid-19! WHO bantah!

Published by
KitaReporters

BUKAN sahaja lulus peperiksaan atau tamat sesuatu kurus akan mendapat sijil, pesakit yang sudah disahkan sembuh daripada Covid-19 juga akan diberi sijil. Inilah yang bakal dilakukan oleh kerajaan Chile kepada pesakit Covid-19 yang sudah sembuh sebagai akuan bahawa mereka sudah tidak lagi dijangkiti virus pembunuh itu. : KitaReporters

CHILE negara di Amerika Selatan, panjang tetapi tirus. - Kredit foto: Google Map


SEKATAN jalan raya di Chile dalam usaha mengekang penularan Covid-19. - Kredit foto: Agencia-EFE.


Sekali pun langkah ini diaggap kontroversial dan tidak disetujui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Chile tetap bertegas mahu melaksanakannya.

WHO tidak setuju dengan cadangan ini kerana ia seperti mengiktiraf pesakit yang sudah sembuh Covid-19 tidak akan dijangkiti semula sedangkan tidak ada bukti nyata mengenainya. 

Justeru ia boleh dianggap seperti memberi keyakinan palsu.

Bagaimana pun memetik laporan bbc.news, Timbalan Menteri Kesihatan Chile, Paula Daza menegaskan negara itu akan tetap memberikan sijil bebas Covid-19 kepada mereka yang telah sembuh untuk membolehkan mereka kembali bekerja.

 

TIMBALAN Menteri Kesihatan Chile, Paula Daza mengesahkan negara itu akan memberikan sijil kepada pesakit Covid-19 yang telah sembuh. - Kredit foto: Wikipedia.  


Sehingga 4 Mei 2020, Chile mencatatkan lebih 20,000 kes Covid-19 yang disahkan dengan sejumlah 270 kematian akibat pandemik tersebut.

WHO mendakwa, sehingga kini, tiada bukti pesakit Covid-19 yang telah sembuh mempunyai antibodi yang boleh melindungi mereka daripada kembali dijangkiti virus wabak berkenaan.

Malah pertubuhan itu mendakwa, sijil yang dikeluarkan oleh Chile itu boleh memberi kesan berbahaya

Ini kerana mereka yang mendapat sijil akan menjadi terlalu yakin mereka tidak akan dijangkiti lagi dan  mengabaikan nasihat perubatan

Akibatnya mereka berisiko tinggi menularkan penyakit tersebut.

PETUGAS perubatan Chile membuat saringan Covid-19 dalam kalangan penduduk. - Kredit foto: emol.com


Namun Chile mempunyai pendirian sendiri!!

Paula Daza menegaskan, Chile percaya seseorang yang telah dijangkiti Covid-19 dan kemudian sembuh, mempunyai kemungkinan terlalu kecil akan dijangkiti  semula.

Tambahan lagi katanya, sijil itu bukan mengesahkan bekas pesakit kini mempunyai imuniti terhadap Covid-19 tetapi lebih sebagai mengesahkan pesakit telah sembuh dan telah menamatkan tempuh kuarantin serta dibenarkan kembali bekerja.

PIHAK Berkuasa Chile menggunakan dron untuk menghantar ubat-ubatan kepada golongan warga emas. -Kredit foto: Reuters.


Langkah yang diambil Chile ini memang belum dilakukan oleh mana-mana negara lain. 

Mungkin Chile ingin membuat kelainan dan pada masa sama, memberi keyakinan kepada bekas pesakit bahawa mereka telah sembuh.

Namun bekas pesakit pula jangan menjadi lewa!! 

Mereka mestilah sentiasa terus menitik beratkan amalan kesihatan dan mematuhi segala peraturan yang bertujuan mengekang penularan Covid-19. 

Jika tidak memang tidak mustahil mereka akan dijangkiti semula dan sijil yang dikeluarkan hanya seperti bahan jenaka.

Untuk rekod, Chile yang terletak di Amerika Selatan, adalah negara terpanjang di dunia tetapi ia sangat tirus.

Panjangnya dari utara ke selatan ialah 4,270 kilometer, tetapi lebarnya hanya 177 kilometer. Ibu negaranya ialah Santiago. - KitaReporters

PEMANDANGAN Santiago, ibu negara Chile. - Kredit foto: Talk Travel. 

0
0
0
0
0

Copy Link: