Hari Jururawat Sedunia! Mengingati mangsa korban Covid-19
Published byKES pertama pesakit Covid-19, yang dikesan dan disahkan positif dikesan pada 25 Januari 2020 (di Malaysia) membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia (23 Januari 2020) melalui Johor dari Singapura, telah memberi signal kepada kerajaan Malaysia untuk lebih berhati-hati dan bersiap siaga. Pada 31 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan koronavirus (Covid-19) sebagai pandemik dunia. : KitaReporters
Mereka berani,bersemangat dan setia demi negara akhirnya gugur di medan pertempuran bukan menggalas senjata melawan tentera musuh yang datang tetapi tentera “halimunan” datang dari arah yang tidak diketahui mana asalnya.
Ekoran pengisytiharan rasmi oleh WHO tentang wabak tesebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti 26 buah hospital di seluruh negara untu disiapsediakan bagi mengendali kes jangkitan Covid-19 yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Bermula dari saat itu, semua kakitangan pusat perubatan dan hospital serta klinik kerajaan dan swasta telah menubuhkan unit khas “kecemasan” dan “rawatan” khusus mengendalikan kes penyakit berjangkit Covid-19.
Selain kesibukan para doktor dan pakar-pakar perubatan mengendalikan kes-kes tersebut, tidak kurang juga sibuknya golongan jururawat yang meringankan tulang serta berganding bahu bersama-sama membendung kes jangkitan maut virus “Wuhan” ini.
Sehinggalah berlanjutan kehidupan mereka berkampung di hospital-hospital siang dan malam tanpa sedikit ruang waktu pun untuk berehat bersama keluarga dan anak-anak.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan tanpa diduga ada antara pasukan barisan hadapan (frontliner) dalam kalangan doktor dan jururawat menemui maut angkara virus Covid-19.
Berita gempar dan mengejutkan apabila Liang Wudong seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital di Jinyintan wilayah Hubei menjadi korban pertama di dunia akibat Covid-19.
Kematian beliau turut mendapat perhatian masyarakat dunia.
Kemudian di sana-sini tersebar pula berita atau cerita yang menyedihkan susulan beberapa jururawat yang bertugas di hospital-hospital di seluruh dunia menerima nasib malang mati dibunuh oleh tentera Covid-19.
Antara yang terkorban:
John Alagos, seorang jururawat lelaki, yang bertugas Hospital Besar Watford di Hertfordshire, United Kingdom maut akibat Covid-19 - Kredit foto: Metro UK
Dunia menangisi dan bersimpati dengan pemergian “wira-wira” yang berjuang bermati-matian menjadi “frontliner” menyelamatkan manusia daripada musibah kesihatan ini.
Hari ini, 12 Mei adalah hari bagi semua kita memperingati jasa-jasa dan pengorbanan seluruh pasukan jururawat di dunia sebagai “Hari Jururawat Sedunia”; satu pengiktirafan dan tanda terima kasih masyarakat dunia kepada mereka.
Jasa mereka tidak terbalas apatah lagi hendak diraikan dalam satu majlis sambutan “Hari Jururawat Sedunia” kerana perjuangan mereka membasmi virus Covid-19 belum berakhir lagi.
Profesion murni ini menjadi tulang belakang negara dalam menghadapi setiap masalah pelbagai penyakit yang melanda sesebuah negara.
Mereka adalah “wira yang tidak didendangkan” seperti mana soldadu-soldadu dan pahlawan negara berjuang menentang musuh negara.
Mereka setia, komited, berani dan berdiri gagah di belakang tabir menghadapi risiko besar yang bakal diterima kelak; tetapi apakan daya perjuangan harus diteruskan demi amanah dan tanggungjawab.
Ingatlah dan hayatilah ketika sekongkolan sang Covid-19 (koronavirus) sedang mengganas dan menggila dengan bengis tanpa rupa; sesuka hati meragut nyawa si mangsa (doktor dan jururawat) yang sedang berbakti - tanpa belas kasihan akhirnya ada juga sebilangan kalangan mereka tumpas menemui ajal atas kehendak takdir Maha Pencipta. - KitaReporters
Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kebangsaan 2019 tahun lalu membawa tema, "Jururawat, Suara Untuk Memimpin, Kesihatan Untuk Semua"
Sumber:
1.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/661022/jururawat-pelatih-mangsa-baharu-covid-19-negara
2.https://www.mstar.com.my/global/dunia/2020/04/06/jururawat-britain-meninggal-covid
3. https://siakapkeli.my/2020/04/16/jururawat-hidap-covid-19-meninggal-dunia-beberapa-hari-selepas-lahirkan-bayi/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-covid-19-di-malaysia
https://www.malaysiakini.com/news/515020