Kerana telefon bimbit! Anak tikam ayah 7 kali dengan pisau!

Published by
KitaReporters

DI MANA letaknya kasih seorang anak terhadap bapanya yang sanggup berkorban apa sahaja dan mambasah keringat demi membesarkan anak apabila ada yang sanggup membunuh bapa sendiriDi Mallorca, Sepanyol seorang remaja lelaki tergamak menikam bapanya sendiri gara-gara tidak puas hati terhadap bapanya yang merampas semula telefon bimbitnya. : KitaReporters

PASUKAN polis Sepanyol bergegas ke sebuah kediaman di bandar Palma selepas seorang remaja menikam bapanya sendiri sebanyak tujuh kali. - Kredit foto: Olivepress


Lagi cerita-cerita berkaitan jenayah:

https://kitareporters.com/search?search=jenayah


Memetik Olivepress.es, kejadian mencemaskan itu berlaku lewat malam beberapa hari lalu selepas berlaku pertengkaran kecil antara dua beranak itu di rumah mereka di bandar Palma berkaitan telefon bimbit. 

Bapanya dikatanya memeriksa telefon bimbit anak bujang dan mendapati 'sesuatu' dalam telefon berkenaan menyebabkan dia tidak mengembalikan telefon berkenaan. Remaja berkenaan yang dikatakan berang dengan tindakan bapanya enggan menyerahkan semula telefon bimbit kepadanya terus bertindak ganas.

Lebih mengejutkan dia terus bergegas menuju ke dapur sebelum mengambil sebilah pisau. Malah tanpa memikir panjang remaja berkenaan terus menerkam ke arah bapanya dan menikam sebanyak tujuh kali.

KERANA perselisihan faham remaja tergamak menikam bapanya sendiri. - Gambar hiasan


Bukan sekali tapi tujuh kali! Keadaan itu menyebabkan lengan dan bahu bapanya berlumuran darah.

Alahai kerana telefon kau sanggup menikam bapa sendiri...mana kewarasan kau dik? Mungkin terkejut melihat keadaan bapanya yang berlumuran darah itu, remaja berkenaan terus melarikan diri.

Sementara itu bapanya pula dalam keadaan berlumuran darah terus mendapatkan bantuan sebelum menghubungi pasukan polis.

Bagaimanapun remaja berkenaan berjaya diberkas pasukan polis tidak lama kemudian. Bapanya pula dimasukkan ke Hospital Palma’s Son Espases untuk rawatan lanjut.

Kerana telefon bimbit kau sanggup tikam bapa sendiri bukannya sekali tapi tujuh kali tu!!

Tergamaknya kau dik!!! Nasib baik tiada perkara buruk berlaku terhadap bapa jika tidak pasti menangis tak berlagu la ye! : KitaReporters

0
0
2
1
4

Copy Link: