Video| Mengapa budak hilang 6 hari tak sentuh makanan diberi? Makan telur burung mentah sahaja!
Published byGunung Guntur. - Kredit foto: Gunyut Wikipedia
USIANYA baru 14 tahun, namun Muhammad Gibran Arrasyid yang hilang enam harı sewaktu pendakian di Gunung Guntur, Jawa Barat tidak serik dengan pengalaman terpaksa bertahan untuk hidup dengan memakan telur burung mentah, sebelum dijumpai selamat pada Jumaat, 24 September 2021.
Gunung Guntur terletak Kabupaten Garut, Jawa Barat, Indonesia.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehilangan
Gibran digendong sewaktu dibawa keluar dari tempat dia hilang di Gunung Guntur. - Kredit foto: Liputan6
Anak remaja yang lebih dikenali sebagai Gibran itu berkata, sebenarnya sepanjang dia ghaib, dia dilayan baik, diberikan makanan empat kali sehari tetapi tidak disentuhnya demi menjaga pantang larang untuk selamat.
Menunjukkan sebagai pendaki gunung, dia perlu sentiasa patuh dengan larangan, antara lain tidak mengambil apa-apa barang di gunung, tidak boleh menerima sebarang barang termasuk makanan.
Pendaki juga dilarang bersiul, tidak bercakap besar dan perlu sentiasa berada bersama kumpulannya.
Bagaimanapun Gibran hampir mengikut seseorang mengajaknya pergi solat kerana hari itu adalah hari Jumaat, yang mana sebelumnya dia terdengar bunyi laungan azan sayup dari bahagian gunung yang lebih atas.
Gibran (kiri) ditemu bual YouTuber Prasodjo Muhammad. Kredit foto - Youtube Prasodjo Muhammad
"Sewaktu nak panjat tebing untuk pergi solat, saya ditahan beberapa orang yang memberitahu, jangan ikut. Dalam kekalutan itu saya terjatuh di tebing, lalu tidak sedarkan diri. Sedar daripada pengsan, ada seorang lelaki datang menyelamatkan saya," yang mana ketika itu dia sudah berada di alam nyata.
Gibran memberitahu demikian dalam satu temu bual dengan saluran YouTube Prasodjo Muhammad. Turut ditemu bual lelaki yang menyelamatkannya dikenali, Mang Ade, yang arif dalam ilmu pencarian orang hilang.
Menurut Mang Ade, sewaktu ditemui di Gua Cikoneng, mulut Gibran masih terkunci tetapi setelah beliau mengusahakan sesuatu Gibran langsung boleh bersuara, dan memberitahunya, dia sakit perut.
Lalu Mang Ade memberikan Gibran nasi, sebelum berjaya membawanya naik ke atas tebing dengan menggendong di bahu untuk keluar dari tempat itu dan kemudian menghubungi pihak lain untuk memaklumkan penemuan itu.
Gibran mengetahui dia hilang enam hari apabila diberitahu sewaktu diselamatkan, sedangkan yang dia merasakan kejadian itu berlaku dalam masa sehari atau beberapa jam sahaja.
Video bertajuk Ke Mana Sebenarnya Gibran - 6 Hari Hilang di Gunung Guntur. - Kredit video: YouTube Prasodjo Muhammad
Dengan kejadian itu bagaimanapun Gibran tidak serik, malah mengakui dia tetap bersemangat untuk meneruskan kegiatan mendaki gunung, membabitkan gunung-gunung lain yang lebih tinggi dan mencabar selepas ini.
Bagi mengetahui kisah selanjutnya, boleh tonton video dalam YouTube Prasodjo Muhammad dan YouTube Garut ID yang tertera di laman ini.
Pencarian Gibran membabitkan banyak tim dan pihak, namun dia dijumpai Mang Ade pada hari keenam setelah melakukan beberapa kali ritual mengikut Islam.
Terfikir juga dibenak, bagi orang hilang, adakah dia sedar apa yang berlaku? Menurut Gibran walaupun hilang enam hari tetapi dia terasa hanya sehari sahaja.
Foto Gibran dalam media sewaktu dilaporan hilang di Gunung Guntur. - Kredit foto: Liputan6
Kisah orang ghaib atau hilang sewaktu mendaki gunung bukanlah perkara baru.
Kes Gibran adalah berita terkini yang viral di Indonesia. Dia mendaki gunung bersama kawan-kawan dan dia hilang sewaktu tidur di khemah selepas keluar dari tandas. Tersedar daripada tidur, dia mendapati berada di tebing sungai.
Satu yang dikagumi mengenai Gibran adalah kegigihannya menjaga pantang larang, menolak apabila diberikan sesuatu oleh orang tidak dikenali, baik barang mahupun makanan.
Ramai antara kita gemar memanjat gunung, tetapi tiada ilmu dan tidak tahu pantang larang dan adab kita berada di gunung. Pastinya kalau hilang atau tersesat, sebolehnya kita mahu kembali semula ke tempat asal.
Berbalik kepada Gibran, remaja itu bertuah kerana kelihatannya kian pulih daripada keletihan berlapar enam hari sewaktu hilang.
Menurutnya selain makan telur burung, dia sanggup meminum air belerang yang ada di tempat kejadian, daripada minum air yang diberi kepadanya.
YouTuber Prasodjo Muhammad menemu bual Mang Ade yang menemui Gibran. - Kredit foto - Youtube Prasodjo Muhammad
Teringat perbualan penulis bersama ayah suatu masa dahulu. Katanya kebiasaannya orang hilang dalam kes sebegini apabila dijumpai keadaannya terjejas, apa benarkah? Gibran misalnya apabila dijumpai, mulutnya `terkunci' sehinggalah dipulihkan oleh Mang Ade, barulah boleh bersuara.
Orang yang cenderung hilang atau ghaib dikatakan mempunyai sesuatu keistimewaan. Daripada temu bual didapati Gibran seorang anak yang baik, mempunyai panca indera keenam dan pegangan (disiplin) yang kuat.
Seorang kawan yang pernah sesat ke alam asing memberitahu, apabila dipelawa tinggal di sana dia menjawab tidak mahu kerana itu akhirnya dia dapat keluar atau dikeluarkan daripada tempat itu. - KitaReporters
Anak panah menunjukkan tempat Mang Ade (kanan) menemui Gibran. Aliran air yang kecil itu kelihatan seperti sungai dan spot batuan itu adalah gua pada pandangan Gibran sewaktu hilang. - Kredit foto: YouTube Prasodjo Muhammad
Video saat Gibran ditemui dan diselamatkan oleh pasukan penyelamat. - Kredit video: YouTube Garut Update