Selamat Tahun Baharu Cina! Sumbangan makanan, limau, angpau bermakna! Kaum Cina tak dilupakan
Published bySelamat Tahun Baharu Cina, Tahun Lembu Jantan. - Kredit foto: ecentral.my
MASYARAKAT Tionghua menyifatkan sumbangan bakul makanan, limau dan angpau yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 12 Februari 2021 amat bermakna buat mereka.
Mereka
daripada 11 keluarga yang terdiri ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang
Upaya (OKU) yang tinggal di Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu turut menganggap
pengagihan bakul makanan itu menandakan keluarga terbabit tidak disisihkan
daripada masyarakat.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Tahun Baharu Cina:
https://kitareporters.com/search?search=Tahun+Baharu+Cina
BAZLAN Abdul Rahman (baju merah) dan Tae Pen Hoi (baju biru) sedang berbual dengan dua penduduk Tionghua yang berada di atas rumah selepas beliau menyerahkan bakul makanan di Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu pada 10 Febuari 2021.
Rombongan Bazlan yang ditemani Naib Ketua MCA Bahagian Setiu, Tae Pen Hoi mengagihkan sumbangan tersebut dari rumah ke rumah keluarga kaum Cina berkenaan pada 10 Februari 2021.
Seorang ibu tunggal, Lin Bih Yun, 60, berkata pada mulanya dia agak terkejut juga melihat rombongan wakil rakyat itu datang ke rumahnya pada pagi Rabu, 10 Februari 2021 itu.
Menurutnya, sebaik rombongan itu tiba, salah seorang daripada mereka membawa bakul makanan, angpau dan sekotok limau sebelum diserahkan oleh Bazlan kepadanya.
BAZLAN (baju merah) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada ibu tunggal, Lim Bih Yun di Batu Rakit, Kuala Nerus pada 10 Februari 2021.
``Walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi bagi saya amat berharga serta bermakna untuk keluarga kami yang akan menyambut Tahun Baharu Cina dua hari lagi.
``Pemberian barang-barang ini juga tanda ingatan wakil rakyat (Bazlan) terhadap kaum kami di kawasan Batu Rakit dan saya turut gembira dengan apa yang dilakukannya,’’ katanya.
Sementara itu, Bazlan memberitahu pemberian sumbangan itu dibuat secara demikian kerana ketika ini negara sedang dilanda Covid-19 selain pihaknya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata dengan secara begitu juga dapat menambahkan hubungan kemesraan antara kedua-dua pihak serta golongan mereka tidak dipinggirkan.
``Walaupun perbezaan kaum tetapi kami tidak pernah melupakan Kaum Cina di sini kerana kami tetap menganggap mereka sama sahaja dengan orang Melayu yang perlu diberi perhatian juga.
``Sebab itu sumbangan yang diberikan ini sebagai tanda kita turut meraikan Tahun Baharu Cina dan semoga Tahun Lembu Jantan (Ox) pada tahun 2021 ini memberi banyak keistimewaan serta makna yang tersendiri kepada keluarga mereka,’’ katanya. - KitaReporters
BAZLAN menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Lua Beng Soon (kiri).