Kasih seorang ibu! Sanggup 'simpan' jasad anak lebih seminggu! Sehingga membusuk dan dah mereput!
Published byKASIH SAYANG ibu kepada anak tiada sempadan, tidak kira yang masih kecil ataupun sudah berusia, seorang ibu pasti akan melindungi si anak.
Berganti nyawa pun ibu sanggup melakukan demi anak yang dikandung.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pengorbanan ibu
Itulah juga yang berlaku kepada seorang ibu di Singapura yang tinggal di sebuah pangsapuri dan tidak boleh menerima takdir anak lelakinya telah meninggal dunia.
Malah si ibu yang berusia 80-an itu sanggup menyimpan mayat anak lelakinya yang berusia 54 tahun gara-gara tidak mahu berpisah dengan jasad anak kesayangan itu. Namun menyimpan mayat pasti meninggalkan kesan terutama bau yang kurang menyenangkan.
Situasi berkenaan menyebabkan penghuni pangsapuri berkenaan mengadu kepada pihak berkuasa berikutan bau misteri yang semakin kuat dan busuk.
Situasi berkenaan menyebabkan penghuni pangsapuri tidak tahan dengan bau yang kurang menyenang itu sejak beberapa hari.
Keadaan berterusan itu menyebabkan salah seorang penghuni menghubungi polis kerana bimbang dengan bau yang semakin membusuk.
Namun alangkah terkejut apabila pasukan polis membuat pemeriksaan di blok pangsapuri berkenaan menemui jasad seorang lelaki yang sudah reput berada di ruang tamu di rumah warga emas berkenaan dalam keadaan duduk di ruang tamu.
Lebih mengejutkan mayat berkenaan telah dipenuhi lalat berikutan mayat tersebut disimpan lebih daripada seminggu.
Terdahulu polis terpaksa menunggu kira-kira sejam di hadapan pintu rumah warga emas berkenaan kerana enggan membuka selepas menegtahui ada pemeriksaan oleh polis. Semuanya dilakukan ibu itu kerana tidak mahu anaknya 'diambil' oleh pihak berkuasa.
Pasukan polis terus bergegas membawa keluar mayat berkenaan namun seorang jiran berkata, dia melihat ibu tua itu menangis ketika melihat jasad anak kesayangan diusung dengan plastik putih oleh pihak polis.
Kata jirannya, warga emas itu mungkin tidak menyangka anaknya dahulu meninggalkan dunia dan bukannya dirinya yang lebih berusia.
Sejurus selepas mayat anak lelaki dibawa pasukan polis, warga emas berkenaan yang masih kelihatan sedih terus membersihkan rumahnya sebelum dibantu oleh jirannya.
Polis sehingga kini masih menyiasat punca kematian terhadap lelaki berkenaan.
Inilah sayangnya seorang ibu kepada zuriatnya sendiri, biarpun terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan sehingga lebih seminggu namun tetap ‘ditelan’, semuanya kerana sayang dan kasih kepada anaknya. - KitaReporters