PELAKON Emma Maembong, 28, adalah artis terbaharu tanah air yang disahkan positif Covid-19. Dia mengetahui diijangkiti wabak itu setelah menjalani ujian swab (calitan) di rumahnya pada malam hari Khamis, 14 Januari, 2021. : KitaReporters


Emma Maembong ketika menjalankan ujian Swab.

Lagi laporan-laporan berkaitan ujian swab:

https://kitareporters.com/search?search=swab


Ujian dijalankan oleh kumpulan perubatan yang dikenali sebagai @kumpulan_megaklinik_zahran yang mengadakan perkhidmatan ke rumah.

Menurut Emma atau Fatimah Rohani Ismail , dia sebelum ini dia tidak mengalami sebarang gejala tetapi sahaja ingin melakukan swab sekeluarga secara sukarela kerana terdapat perkhidmatan swab di rumah.

Dalam ujian swab itu, suami Emma, Shazli Azhar turut didapati positif.  Namun mujurlah anak mereka, Shariq Gabriel yang baru berusia 3 bulan didapati negatif.



Emma dan suami Shazli positif sementara anak mereka Shariq negatif ketika ujian Swab dijalankan.


Ekoran disahkan positif, Emma dan keluarga akan melakukan kuarantin kendiri di rumah. "Sila jaga diri dan patuhi SOP. Selamat Kuarantin kepada saya," tulis Emma dalam Instagramnya.

Wabak Covid-19 masih tidak reda dan terus menjangkiti penduduk dunia dan ada yang maut. Jumlah artis di Malaysia yang dijangkiti Covid-19 terus bertambah sejak hujung Mac 2020.

Ia dimulakan oleh Ashraf Muslim dan Puteri Aishah berserta pengarah, penolong pengarah dan jurukamera drama kerana menjalani penggambaran drama ‘Demi Di Inverness’ di Scotland.

Setelah beberapa bulan dunia seni tanah air dikejutkan apabila penyanyi/pelakon Aliff Satar pula terjangkit. Ia diikuti oleh Harris Anwar dan Shima Anwar.

Dan pada hari bersamaan dengan Emma, penyanyi Drama Band, Aepul Roza turut disah positif, manakala isterinya didapati negatif. - KitaReporters




1
0
0
0
0

Copy Link: