KEPRIHATINAN pihak swasta membantu rakyat Terengganu dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 amat dibanggakan kerana banyak pihak yang tampil menyumbangkan bantuan sama ada menerusi kewangan mahupun barangan. : KitaReporters

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Selain sumbangan diterima dari anak syarikat kerajaan negeri, syarikat penggali minyak yang beroperasi di perairan Terengganu juga tidak ketinggalan untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepaada rakyat negeri ini. 

Terbaharu, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) terus menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikatnya dengan menyerahkan sumbangan kepada beberapa agensi di bawah sektor kesihatan dan pendidikan Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden Subsidiari ExxonMobil Edward Graham (duduk kanan) bersama penerima sumbangan


Satu majlis Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Program CSR Exxonmobil yang berlangsung di Wisma Darul Iman pada 17 Jun 2020, ExxonMobil yang diwakili Pengerusi dan Presiden, Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Edward Graham telah menyerahkan ‘cek replika’ kepada kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum disampaikan kepada para penerima.

Pada majlis itu, ExxonMobil menyumbang sebanyak RM130,000 untuk pembelian peralatan perubatan aset kritikal rawatan COVID-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang diwakili Pengarahnya, Dr. Nor Azimi Yunus.

Dr Ahmad Samsuri menyampaikan cederamata kenangan kepada Edward Graham. Kredit gambar-gambar: Media MB Terengganu


Sementara RM17,000 disumbangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang diwakili Pengarahnya, Salim Ab Ghani untuk Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu dan sebanyak RM30,000 untuk Program Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil serta sepuluh unit laptop untuk English Theme Parks di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemasik.

Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengan Edward Graham


Selain itu, sebanyak RM75,000 juga disumbangkan kepada Pengarah JPNT bersama wakil UKM untuk program ExxonMobil-UKM STEM Club Teachers (Secondary Schools) Training Programme, dan jumlah yang sama untuk program ExxonMobil-UM STEM Teachers (Primary Schools) Training Programme juga kepada Pengarah JPNT bersama wakil UM.

Sebanyak RM10,000 pula disumbangkan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bagi Program Kesedaran Dan Pendidikan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri serta 25 unit laptop untuk Perpustakaan Negeri dan empat Perpustakaan Daerah melibatkan Hulu Terengganu, JertIh, Dungun dan Chendering.

Dr Ahmad Samsuri dalam ucapan ringkas pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada semua syarikat koporat yang turut membantu kerajaan dalam menanggani wabak COVID-19 dengan  menyediakan peruntukkan kewangan dan peralatan kepada jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini. - KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: