Antara penerima sumbangan daripada Deyana Hatazad
Sumbangan makanan oleh Mazura Ibrahim.
Semua yang dilakukan adalah kerana sifat kemanusiaan yang menebal dalam diri untuk membantu golongan yang terjejas sumber pendapatan kerana COVID-19.
Kami sudah. Anda bila lagi???
Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dihadapi sekarang (18 Mac - 31 Mac 2020), golongan pekerja bergaji hari, peniaga gerai kecil dan keluarga miskin seperti kehilangan punca pendapatan, malah ada keluarga yang terpaksa 'ikat perut' kerana bekalan makanan hampir habis.
Memahami situasi seperti itu menyebabkan ada kalangan orang perseorangan yang berkemampuan mengambil peluang membuat 'sumbangan amal' dalam membantu golongan ini.
Sejak beberapa hari lalu tular dalam laman sosial Facebook beberapa individu yang sanggup turun padang menghulurkan sumbangan makanan dan wang tunai kepada golongan memerlukan termasuk golongan Asnaf di sekitar Kuantan.
Menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook, pemilik akaun dengan nama Mazura Ibrahim telah menyalurkan sumbangan 1,500 kilogram beras, 600 kilogram tepung gandum dan 300 kilogram gula pasir kepada 350 penerima yang hadir di kedai makannya, Restoran Nasi Ulam D'Pondok di Jalan Tun Ismail, Kuantan, Pahang pada Isnin, 23 Mac 2020.
"Mereka sudah habis ikhtiar untuk mencari sumber kerana tidak boleh bekerja sedangkan simpanan semakin menyusut. Ke mana hendak mengadu? Siapa nak bantu?
"Jadi, saya rasa terpanggil untuk membantu meringankan beban mereka. Sekurang-kurangnya mereka dapat bertahan untuk beberapa hari lagi," katanya ketika dihubungi menerusi applikasi WhatsApp, pada Selasa, 24 Mac 2020
Penerima beratur dalam jarak 1 meter sebelum mengambil sumbangan makanan daripada Mazura. - Kredit foto https://www.facebook.com/mazura.ibrahim.71
Mazura Ibrahim juga terima sumbangan mengejut daripada individu tidak dikenali untuk diagihkan kepada penerima. - Kredit foto: FB @mazura.ibrahim.71
Antara luahan hati Mazura di Facebook (https://www.facebook.com/mazura.ibrahim.71):
"Pagi tadi ada org call husband... ingatkan nk tanya pasal bantuan tu... sbb mlm tadi sampai pukul 12 mlm telefon masih berdering... rupanya nk menyumbang...
"tengah2 buat agihan, tiba2 berhenti sebuah hilux ni....katanya, kak saya nk tumpang beras 50 beg dan gula pun dlm 50 beg....
"Tak sempat bertanya even nama pun... terus berlalu...
"Akak nk ucapkan terima kasih...moga murah rezeki adik sekeluarga...akak tolong panjangkan je rezeki ni..."
Kredit foto: FB @mazura.ibrahim.71
Sebelum sumbangan dilakukan, Mazura meminta supaya hanya yang benar-benar memerlukan sahaja mengambil bantuan tersebut.
Mazura juga berterima kasih kepada sahabatnya, Adelya SirAzrie di atas sumbangan tepung gandum dan gula.
"Alhamdulillah...berkat doa semua, Allah permudahkan... yg dtg pun semua ikut peraturan..
"Terima kasih kpd staff2 saya... suplier2 saya yg mengutamakan order saya dari syarikat lain...
"Dan terima kasih juga kepada penyumbang gula dan tepung gandum iaitu Adelya SirAzrie yg merupakan adik junior saya di sekolah SMART dan juga sahabat karib suami... semoga bermanfaat kpd yg sgt2 memerlukan.....
"Ada yang menitis air mata sambil doakan saya murah rezeki... terharu.😭😭😭😭😭..... sbb saya pun asal org susah........
"Stay safe... stay at home... semoga Allah melindungi kita semua dari wabak covid-19."
Kredit foto: FB @mazura.ibrahim.71
Usaha Mazura mendapat reaksi positif kalangan pengguna Facebook yang rata-rata mengucapkan tahniah di atas usaha murninya itu.
Seorang lagi pemilik akaun Facebook dengan nama Deyana Hatazad (https://www.facebook.com/deyanahatazad) turut berkongsi pengalamannya dalam menyumbangkan barangan keperluan harian kepada golongan asnaf.
Menerusi hantarannya itu, Deyana memaklumkan bahawa dia membantu setakat yang termampu dan juga menerusi sumbangan rakan Facebook sama ada yang dikenali ataupun tidak.
"Saya juga menerima sumbangan daripada NGO Serantau Muslim dan Professor Muhaya Circle (PMC). "Alhamdulillah, syukur dapat membantu dalam situasi tidak menentu ini. Sedikit sebanyak dapatlah membantu mereka yang terjejas ini.
"Jumlah penerima 25 keluarga dan saya baru serahkan kepada 14 keluarga dan bakinya akan menerima barangan dalam tempoh terdekat," katanya.
Penerima-penerima sumbangan daripada Deyana Hatazad. - Kredit foto: FB @deyanahatazad
Deyana juga menerima ucapan tahniah kalangan pengguna facebook dan memintanya untuk teruskan usaha murninya membantu golongan memerlukan.
Kredit foto: FB @deyanahatazad
Deyana atau nama sebenarnya, Noordeyana Mohd Rashdi ternyata seorang yang sangat prihatin dan sentiasa membantu golongan yang amat memerlukan terutama ketika wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Sama-sama kita mendoakan usaha dua wanita ini menjadi pembakar semangat kepada wanita lain di luar sana!
Anda semua wanita hebat. Be our heroin!! : KitaReporters