"Better, Brighter" merupakan moto dan semangat yang diamalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam 'menerangi' kehidupan rakyat di seluruh pelosok negara. Namun bagi TNB, ia tidak cukup sekadar menerangi kegelapan Malaysia dengan cahaya lampu, sebaliknya kerja-kerja kebajikan dan pembangunan sahsiah penduduknya juga wajar dilakukan dengan segera. : KitaReporters 



Lagi cerira-cerita berkaitan TNB

https://kitareporters.com/search?search=tnb


Ini rentetan daripada impak negatif pandemik COVID-19 yang melanda dunia hingga merencatkan banyak aktiviti manusia dan ekonomi.

Justeru, untuk merealisasikan niat murni itu, TNB telah menggerakkan sebuah program bersifat sumbangan prihatin kepada golongan yang memerlukan, khususnya di kawasan-kawasan yang mungkin kurang mendapat perhatian pemimpin tempatannya.



Untuk itu, seramai 221 pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan (B40) di sekitar Parlimen Langkawi telah dihadiahkan cermin mata percuma menerusi program Better Brighter Vision TNB.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Ir. Nawawi Ahmad kepada guru besar dan pengetua dari 16 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah yang terlibat di sekitar Langkawi.

”Program sumbangan cermin mata percuma ini diperkenalkan TNB tahun lalu bertujuan membantu proses pembelajaran pelajar, sekali gus mendapat manfaat dalam pendidikan.

“Diharapkan sumbangan ini dapat menjadi asbab untuk anak-anak meneruskan pembelajaran dengan jelas dan yakin, demi mengejar cita-cita dan seterusnya mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih sejahtera,” kata Ir Nawawi.

Program bersifat keprihatinan masyarakat ini sebenarnya telah dianjurkan semenjak tahun 2019, hasil kerjasama antara TNB dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn.



Jelas Ir Nawawi, TNB memahami kekangan pelajar yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan cermin mata memandangkan mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, terutama mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Bercakap dengan lebih khusus lagi, Ir Nawawi memaklumkan bahawa bagi negeri Kedah, TNB telah berjaya bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah melalui Program Better Brighter Vision ini yang melibatkan sejumlah peruntukan besar, iaitu sebanyak RM270,850 dengan keseluruhan 2,000 pelajar menerima manfaat, untuk tahun ini sahaja. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: