SAMPAI DI SINI KISAH KITA DENGAN GLENN FREDLY

Published by
KitaReporters
INDONESIA kehilangan seorang penyanyi R&B dan jazz serta pencipta lagu dan pemuzik berbakat besar apabila Glenn Fredly, 44,  meninggal dunia pada Rabu, 8 April 2020 kira-kira jam 6 petang waktu tempatan akibat meningitis atau radang otak di sebuah hospital di Jakarta Selatan. : KitaReporters

Glenn dan isteri bersama anak perempuan yang dilahirkan pada 28 Februari 2020. - Kredit foto: IG @mutia_ayuni


Mula bergiat dalam seni sejak 25 tahun lalu (1995), Glenn adalah antara insan muzik generasi baru yang cukup disegani di Indonesia dan kepergiannya pada usia muda mengejutkan muzik Indonesia.

Glen turut dikenali di Malaysia terutama bagi peminat R&B dan jazz. Lagu yang paling diingati ‘Februari’,  ‘Adu Rayu’, ‘Sekali Ini Saja’ dan ‘Akhir Cerita’.

Glenn meninggalkan seorang isteri Mutia Ayu yang dikahwini pada 2019 dan seorang anak perempuan, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang dilahirkan pada 28  Februari 2020. 

Sebelum ini, Glenn pernah berkahwin dengan penyanyi Sandra Dewi.

Pengkebumian Glenn diadakan pada hari ini, Khamis, 9 April 2020, dengan kawalan secara tertutup ekoran wabak Covid-19. - KitaReporters

Glenn Fredley mempunyai ramai pengikut ketika mengadakan persembahan. - Kredit foto: IG @glennfredly309



0
0
2
0
0

Copy Link: