Video| Mudik raya yang tak berjaya! Naik beca lalui lebuh raya tol untuk balik raya di kampung!

Published by
KitaReporters


BERULANG kali kerajaan meminta orang ramai tidak melakukan kegiatan merentas wilayah dengan balik kampung untuk pulang berhari raya bagi mengurangkan gejala merebaknya pandemik Covid-19. Namun masih ramai yang mengabaikannya

Ramai mengunakan pelbagai cara dan taktik untuk dapat melepasi sekatan serta melalui jalan tikus untuk sampai ke kampung halaman tanpa menghiraukan denda yang bakal diterima jika tertangkap.


Kelihatan beca melalui jalan tol sebagai jalan pintas untuk pulang beraya di kampung. - Kredit foto: Tribun Jatim.


Salah satu cara unik yang dilakukan untuk pulang berhari raya (istilah di Indonesia ialah mudik) ialah melalui kenderaan roda tiga iaitu beca.

Pengayuh beca bersama dua saudaranya nekad meninggalkan Surabaya untuk pulang kampung di Margomulyo dengan kenderaan roda tiga itu. Beca ini melalui lebuh raya bertol Surabaya-Gresik, Jawa Timur untuk menuju destinasi.


Beca diarah keluar daripada lebuh raya tol. - Kredit foto: Tribun  JawaTimur.


Pengayuh beca tersebut menunggu waktu kurang sibuk untuk memulakan perjalanan dan sampai ke laluan masuk tol kira-kira jam 11.15 pagi pada Jumaat, 13 Mei 2021.

Namun hasrat itu tidak kesampaian setelah beberapa kilometer berkayuh, beca itu ditahan oleh petugas ketika sampai di sebuah gerbang tol. Lebuh raya bertol kendalian Margabumi Matraraya (MBMR) itu hanya untuk kenderaan beroda empat ke atas.

Menurut Pegawai Perhubungan MBMR, Andjar Hari Sutoto atas dasar simpati ketiga-tiga pelaku ini tidak diambil tindakan, sebaliknya hanya diberi amaran. Ketiga-tiga mereka diminta berpatah balik.

Kedatangan beca ke pos kawalan tol itu sempat dirakam kakitangan tol dan video itu tular setelah dimuat dalam sosial media. - KitaReporters


0
0
0
1
0

Copy Link: