ANAK-ANAK kapal Tentera Laut KRI Nanggala 402.


HANYA dengan berswafoto (berselfie) bersama foto suami tersayang yang terkorban dalam tragedi tenggelam kapal selam KRI Nanggala 402 pada 25 April 2021 lalu dapatlah menghilangkan kerinduan yang melanda terhadap isteri-isteri anak kapal terbabit ketika menyambut hari lebaran penuh bermakna serta bahagia yang disambut umat Islam di seluruh dunia pada Khamis, 13 Mei 2021 lalu. 


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan KRI Nanggala 402

MITA Sofia berswafoto bersama foto wajah suaminya pada pagi 1 Syawal, 13 Mei 2021. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Bagi isteri Allahyarham Yoto Eki Setiawan, Mita Sofia Kurmiaviratama berkata tindakannya berswafoto bersama gambar suaminya berpakaian seragam penuh Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut (AL) membayangkan seolah-olahnya suaminya hadir di sisinya menyambut hari lebaran itu yang penuh makna bersama Yoto Eki yang tersayang itu.

Wanita itu melakukan pelbagai selfie bersama foto suaminya yang terpaku indah itu dapat juga menghilangkan kerinduannya sejak ketiadaan Yoto Eki ekoran tragedi malang kapal selam itu.


MITA SOFIA


``Suami saya tetap hadir di sisi saya dengan wajah tersenyum untuk menyambut hari lebaran bersama anak kandungan bayi sulung saya,’’ kata Mita yang baharu berkahwin dengan Yoto Eki pada 8 November 2020 lalu.

Mita dalam Instagramnya turut mencurahkan keluhan hatinya yang terpaksa hidup bersendiri bersama anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi selepas pemergian suami tercinta ketika menjalankan tugasan di Perairan Utara Pulau Bali baru-baru ini. 

Turut terkorban dalam tragedi  KRI Nanggala 402 yang karam di dasar laut ialah 52 lagi anak kapal lain. 


Foto perkahwinannya dengan Yeko Eki pada 8 November 2020. - Kredit Foto : Tribunnews.com 


Tribunnews.com melaporkan pada 13 Mei 2021,  Mita dalam Intagramnya juga berkata hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali dengan suami yang tersayang tidak kesampaian.

``Apa pun saya tetap berdoa semoga dia tetap tenang di sana bersama rakan-rakan seperjuangannya demi untuk tanah air,’’ katanya dipetik daripada Tribun Jakarta.com.

``Setiap kali mahu berangkat kerja atau belayar kaka (suami) selalu bilang pada anak dalam kandungan perut saya iaitu sihat-sihat dek dalam perut mama, jangan nakal-nakal yaa, jaga mama, asalamualaikum papa mau kerja cari wang buat dede owe,’’ tulis Mita Sofia.



Selanjutnya Mita Sofia berkata, dia akan jaga anak yang bakal dilahirkan supaya menjadi seorang anak yang soleh dan berguna sebagaimana diharapkan oleh arwah suaminya.

``Insya Allah adik (Mita) bakal jaga anak kita sampai tumbuh (membesar) menjadi orang yang sukses dunia akhirat, soleh dan berbakti kepada orang tua,’’ janjinya sambil Mita memeluk erat foto suaminya dengan linangan air mata pada pagi Syawal itu. - KitaReporters


UPACARA menabur bunga pada 30 April 2021 oleh isteri-isteri serta ahli-ahli keluarga anak kapal KRI Nanggala 402 yang terkorban di Perairan Utara Pulau Bali pad 25 April 2021.

3
1
1
0
0

Copy Link: