Video| Padamnya obor kisah tragis cinta moden Cinderella Diana-Dodi! Mohamed al-Fayed meninggal dunia!
Published byTAMAT sudah kisah tragis Cinderella moden antara Puteri Diana Spencer dan Dodi al-Fayed apabila orang terakhir yang terbabit dalam riwayat cinta mereka, Mohamed al-Fayed menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Ogos 2023 sehari sebelum hari memperingati kematian bekas Puteri Wales itu dan Dodi.
Al-Fayed, 94, ilah bapa Dodi yang sepatutnya menjadi mentua Diana dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan rasa kecewa Diana selepas bercerai dengan Putera Charles (masa itu) dan ditinggalkan oleh beberapa kekasih lain termasuk pakar bedah Dr Hasnat Ahmad Khan.
“Isteri Mohamed al-Fayed, anak-anaknya dan cucu ingin mengesahkan bahawa suami, bapa dan datuk mereka telah meninggal dunia akibat sakit tua pada 30 Ogos, 2023 dan disemadikan selepas solat Jumaat," menurut kenyataan keluarga arwah yang diedarkan oleh Kelab Fulham FC, pada Jumaat, 1 September 2023.
Sewaktu meninggal dunia, al-Fayed memiliki harta bernilai RM9.2 bilion (AS$2 bilion) yang menjadikan dia orang yang ke-1,493 terkaya di dunia.
Bersemadi mereka di halaman rumah masing-masing.
Al-Fayed memilih anak sulungnya, Dodi seorang yang aktif dalam industri perfileman di Hollywood sebagai pengganti yang sesuai, mengisi hati Diana. Dengan mengatur pelbagai aktiviti untuk ikatkan cinta mereka. Diana diundangkan ke villa untuk menghabiskan musim cuti dan membawanya belayar di atas kapal mewah Jonikal.
Al-Fayed adalah kawan baik Ratu Elizabeth II dan selalunya dia akan menutup gedung Harrods sebaik saja tahu Diana akan datang untuk membeli-belah. Selepas perceraian itulah, al-Fayed tidak putus asa menggalakkan anak sulungya menemani puteri itu bagi mengisi masa dengan harapan cinta berputik hingga ke pelamin.
Malangnya pada 31 Ogos 1997, Dodi-Diana dan pemandu limosin yang menuju ke arah terowong di Paris selepas dikejar jurugambar meragut nyawa mereka serentak di situ.
Ketika itu hampir 2.5 bilion penghuni dunia menyaksikan pengkembumian Diana, seorang ayah yang meratap kehilangan anak lelaki menguruskan jenazah Dodi yang disemadikan secara senyap-senyap di tanah pusara kediaman milik keluarga al-Fayed itu.
Kemudian selama dua tahun berturut, menyaksikan mentua Diana, Putera Philip dan Ratu Elizabeth II pula meninggal dunia dan tahun ini, selepas Raja Charles III menaiki takhta kerajaan England, al-Fayed yangh memendamkan rasa sedih selama 26 tahun, akhirnya mati dalam keadaan lara.
Pilu seorang bapa angan-angannya gagal untuk anaknya membina mahligai dan pasangan itu sebaliknya kekal selama-lamanya 'bercinta' di dunia abadi.
Malah siasatan mengenai kematian mengejut itu berkali-kali ditolak oleh pihak berkuasa mendorong al-Fayed menggelarkan kerabat diraja itu sebagai "keluarga drakula".
Kediaman al-Fayed dan menempatkan pusara dia anak beranak.
CNN melaporkan al-Fayed (perkataan al itu seumpama gelaran tengku atau kenamaan) adalah bilioner yang dilahirkan di Mesir dan menjadi kaya raya selepas berkahwin dengan Samira Khashoggi adik pengedar senjata terkemuka di Asia Barat, Adnan Khashoggi.
Dodi memilih menjadi produser filem adalah anak al-Fayed bersama Samira Khashoggi yang juga penulis Arab Saudi. Mereka bercerai pada 1956 dan Samira meninggal dunia pada 1985.
Samira ibu Dodi.
Mohamed Al-Fayed pernah berjanji akan menghabiskan semua hartanya untuk membiayai penyiasatan kematian anaknya dan Diana. Malah dilapokan oleh media bahawa sepanjang lebih 20 tahun kematian Dodi, kediaman anaknya di London tidak pernah diusik barangannya. Al-Fayed kerap singgah untuk bersendirian dengan aura anaknya.
Malah ketika al-Fayed memiliki gedung Harrods, dia bina khas sudut gambar Dodi-Diana yang dinyalakan lilin sebagai memperingati kematian mereka. Pernah dilaporkan jika Harrods itu tidak dijual, kemungkinan besar pusara al-Fayed juga ditempatkan di bumbung bangunan itu.
Selepas pergaduhan dengan keluarga diraja itu dan akhirnya, al-Fayed tidak diberikan taraf kewarganegaraan British, bilioner itu kemudian menjual Harrod kepada rakannya dari Qatar, dengan nilai £1.5 bilion (RM8.7 bilion).
Dia juga pemilih Kelab Bola Sepak Fullman dan Hotel Ritz di Paris tempat penginapan Diana dan Dodi ketika bercuti.
Patung Diana dan Dodi di Harrods yang kemudian dipulangkan kepada al-Fayed selepas pasar raya itu dijual kepada bilioner Qatar.
Al-Fayed menjual Harrods selepas bosan kerana perlu mendapatkan kebenaran dari pemegang amanah bagi mendapatkan pencennya.
Harrods itu dimilikinya selepas dia membeli saham House of Fraser Group, yang salah satunya adalah pasar raya itu dalam satu saingan lelongan dengan taikon British, Roland “Tiny” Rowland. Al-Fayed membayar AS$842 juta (RM1,152 bilion).
"Al-Fayed menyamakan kejayaan mengubah suai Harrods sebagai pusat beli-belah setaraf dengan keagungan dunia purba. Harrods adalah piramid saya," dia memberitahu CNN pada 2004.
Dia melalui selok belok perniagaan yang penuh dengan kontroversi termasuk dituduh menipu pemilikan aset yang banyak.
Selepas bekerjasama dengan abang iparnya Khashoggi, al-Fayed kemudian menubuhkan syarikat perkapalan yang berpengkalan di London pada awal 1960-an. Dia turut terbabit dalam perniagaan hartanah eksklusif dan percutian mewah.
Forbe melaporkan pada 2021, asetnya dilaporkan bernilai AS$1.8 bilion (RM8.37 bilion) dan perniagaan termasuk Majalah Punch, Kurt Geiger, Manhattan Skyscraper, 75 Rockefeller Plaza dan Hyde Park Residence, blok pangsapuri mewah di kota London. - KitaReporters
Diana dan Dodi