Video| Tabik spring tuan! Pegawai polis sanggup jadi pengutip barang buangan! Elak terima rasuah!
Published by.
Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) diingati setiap tahun pada setiap 9 Disember bagi memperlihat pentingnya kegiatan memberi dan menerima rasuah perlu dibanteras.
Kegiatan rasuah memang sukar untuk dibanteras secara total, namun usaha perlu dijalankan untuk meminimumkan kegiatan itu. Dan kebanyakan negara mempunyai badan atau agensi bagi membanteras amalan rasuah seperti di Malaysia, kita mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rasuah adalah kesalahan berat hingga menyebabkan ada negara yang memberi hukuman mati terhadap pesalah rasuah terutama pegawai kerajaan.
Di Indonesia rasuah juga masalah besar di negara itu. Tidak mematuhi integriti bukan sahaja melibatkan golongan politik malahan juga pegawai dan kakitangan kerajaan terutama yang melibatkan anggota berpakaian seragam seperti polis.
Seorang pegawai polis di Malang, Jawa Timur bernama Seladi menjadi tokoh inspirasi sempena Hari Antikorupsi Sedunia 2024 (Hari Antirasuah Antarabangsa 2024).
Menurut Seladi selama 16 tahun menjadi polis, dia terdedah dengan tawaran melakukan rasuah daripada pelbagai pihak, namun kerana iman dia mampu menolak suapan.
Lalu tanpa rasa malu, Seladi sanggup menjadi pengutip barangan terpakai atau menjadi pemulung sebaik tugas harian sebagai pegawai polis selesai.
Walaupun kerja sebagai pemulung namun Seladi lebih selesa melakukannya kerana mendapat sumber halal antara Rp50,000 - 75,000 (kira-kira RM1.50 – RM2.20) sehari untuk menyara hidup keluarganya. Serta dapat menyelesaikan hutang-hutang walaupun mengambil masa yang agak lama.
Dilahir pada 1977, Seladi menjadi anggota dan pegawai polis selama 16 tahun dan pencen pada 2017 dengan jawatan akhirnya Brigadir Kepala atau Ketua Bahagian Lalulintas Ibu Pejabat Polis Malang Kota.
Ayah kepada tiga anak ini kini tinggal di Gadang, Kota Malang, Jawa Timur. Anak keduanya, Rizal Dimas Wicaksono mengikuti jejaknya menjadi polis dan kini bertugas di Surabaya. Dan Seladi tetap mengingatkan anaknya agar mengutamakan integriti dalam menjalankan tugas.