Video| Pelanggan ditetak tukang gunting rambut dengan parang! Gara-gara tak puas hati hasil guntingan!
Published byDalam perniagaan, kehendak pelanggan perlu diutama. Namun terdapat golongan peniaga enggan menerima teguran pelanggan sehingga meluahkan kemarahan dan menyebabkan melakukan perkara berbentuk jenayah.
Seorang tukang gunting rambut dikenali sebagai AW, 44, berang apabila pelanggan dikenali sebagai Agus, 29, tidak puas hati dengan cara guntingannya dan minta dibetulkan bahagian tertentu.
Namun AW enggan melakukannya. Lalu berlaku pergeseran mulut sehingga melibatkan tindakan fizikal.
Perbalahan berlaku di dalam kedai gunting milik AW di di Kecamatan Bahodopi, Morowali, Sulawesi Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 2024, kira-kira jam 3 petang.
Setelah berlaku pertengkaran beberapa minit, Agus keluar dari kedai, namun AW tetap tidak puas hati. Lalu dia mengambil sebilah parang di kedainya dan mengejar Agus yang sudah berjalan di pinggir jalan.
AW yang sudah hilang pertimbangan lalu menetak Agus beberapa kali.
Ia membuat sejumlah orang ramai yang berada di jalan itu berteriak histeria. Agus segera dibawa ke sebuah klinik dan kemudian dirujuk ke hospital kerajaan.
Akibat kejadian itu, Agus menerima 31 jahitan dengan 13 jahitan pada dada dan 18 jahitan pada kaki kiri serta jari kelengkeng kanan terputus
Ketua Bahagian Jenayah Polis Daerah Morowali Agus Salim mengesahkan kejadian itu. AW kini menjadi buruan polis setelah melarikan diri setelah kejadian.