Mencipta rekod sudah menjadi keinginan banyak pihak untuk melakukannya. Bagi mencipta rekod ia memerlukan kerjasama banyak pihak dan memerlukan kewangan yang banyak.

Bagi meraikan ulang tahun ke-391 Kabupaten Karawang, Jawa Barat pada Sabtu, 14 September 2024 lalu, pentadbir daerah membuat membuat kejutan.

Para pekerja membuang nasi tumpeng dan lauknya yang maih elok selepas majlis hitungan MURI

Kejutannya ialah membuat peta Kabupaten Karawang seluas 25×30 meter bagi menjadi rekod terbesar di dunia dengan 1,600 nasi tumpeng. Majlis dilakukan di Plaza Pemda Karawang.
Nasi tumpeng ialah nasi berwarna kuning lengkap seperti pulut kunyit yang siap dengan lauknya seperti ayam, daging dan telur serta sayuran untuk majlis keramaian atau kenduri.



Majlis itu diadakan untuk mencatatkan rekod MURI (Muzium Rekod Dunia Indonesia). Namun majlis itu mendapat bantahan warga setempat kerana berlaku banyak pembaziran.Ini kerana selepas selesai upacara menghitung daripada pegawai MURI, kakitangan pembersihan membuang nasi tumpeng berserta lauknya ke dalam tong sampah.
Nasi tumpeng serta lauk-lauknya masih elok dan setiap penyumbang menghabiskan Rp50 juta (kira-kira RM1,500) seorang.


Sementara itu, menurut Pengurus Operasi MURI, Triyono, Karawang mencatat  sejarah bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di dunia. Tambahnya, peta dari nasi tumpeng ini belum pernah dibuat sebelum ini.
Video membuang nasi tumpeng dan lauknya disiar dalam sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia.


Sejumlah netizen meyayangi nasi tumpeng dan lauknya dibuang begitu sahaja. 

Sehingga ada yang menganggap acara itu bukan sahaja untuk mencipta rekod membuat peta Karawang dengan nasi tumpeng. Malah ia juga perlu dicatat dalam rekod sebagai pembaziran nasi tumpeng paling banyak untuk membuat peta. - KitaReporters


11
11
0
17
0

Copy Link: