Oleh NUR SAKINAH SAMSUDIN

Universiti Malaya (UM)


TRAGEDI membelasah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang didakwa menunggang motosikal secara berbahaya tidak sepatutnya diperlaku seperti binatang dan dipukul beramai-ramai.
Sesungguhnya sikap mereka ini pastinya mencerminkan nilai kemanusiaan dan keadilan. 
Dalam apa juga keadaan, jadilah manusia yang prihatin, berempati, dan sedia membantu kerana menghormati dan melindungi hak semua individu, termasuk OKU, adalah tanggungjawab bersama untuk membina masyarakat yang lebih harmoni. 
Bagi saya situasi seperti ini sangat menyedihkan dan memerlukan kita semua untuk lebih memahami, bersikap empati, dan berhati-hati dalam melakukan tindakan yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) atau sesiapa sahaja yang terlibat.


Sebagai masyarakat, kita harus menunjukkan rasa hormat dan empati terhadap mangsa atau mereka yang berada dalam situasi sukar dan elakkan daripada membuat tuduhan atau menyebarkan cerita tanpa mengetahui fakta sebenar.
Elakkan stigma terhadap OKU kerana mereka berhak mendapat layanan yang sama seperti orang lain dan jangan terus menyalahkan mereka atau memandang rendah keupayaan mereka, sebaliknya cuba memahami cabaran yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian.
Jika berlaku insiden seperti ini, tumpukan perhatian untuk membantu, bukan mengkritik tetapi terus berikan bantuan kepada mangsa atau mereka yang memerlukan, sama ada secara fizikal, emosi, atau sokongan moral.
Situasi ini mengajak diri kita untuk membantu orang lain terutama apabila mangsa itu dilihat terlalu letih dan meminta air kerana masalah penglihatan malah dipukul, orang sekeliling pula hanya melihat  mangsa menadah air dari bumbung sebuah gerai dan bukan dibantu tetapi ditendang. Perbuatan itu amat sedih dan terlalu kejam.


Moga dengan apa yang berlaku ini memberi pendidikan tentang hak OKU dan keperluan mereka, sekali gus memberi kefahaman kepada orang ramai supaya mengurangkan sikap diskriminasi dan stigma dalam masyarakat kini.
Melalui situasi ini juga memperlihat pengunaan kebijaksanaan pengunaan media adakah ia membantu atau memudaratkan termasuk membawa pelaku ke muka pengadilan kerana ia menjatuhkan maruah mangsa.
Namun yang terbaik laporkan kepada pihak berkuasa jika perlu dengan menyerahkan bahan bukti atau penceritaan kisah sebenar mengenai kejadian yang berlaku kepada pihak berwajib.
Pastinya sikap kita mencerminkan nilai kemanusiaan dan keadilan sambil melatih diri untuk menjadi manusia yang prihatin, berempati, dan sedia membantu.
Hormatilah dan lindungilah hak semua individu, termasuk OKU, kerana adalah tanggungjawab bersama untuk membina masyarakat yang lebih harmoni. - KitaReporters

Nur Sakinah Samdudin ialah pelajar Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM). Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis.


Nur Sakinah Samsudin

9
19
0
9
0

Copy Link: