Video| Siapa pernah makan ulat durian? Rasanya lemak berkrim? Kenyal-kenyal manis gitu? Betul ke?
Published bySebut sahaja buah durian pasti semua orang tahu dan menyukainya. Mungkin hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang tidak menggemari raja buah ini. Bukan sahaja di Malaysia, durian sangat terkenal di seantero Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura, Indonesia malah kini sehingga ke China.
Durian juga terkenal di negara Barat sebagai buah paling busuk seperti keju dan tidak sedap sehingga mereka membuat cabaran memakan durian. Kebanyakan mat salih tidak menggemari buah durian.
Durian merupakan raja buah di Asia Tenggara. - Kredit Foto: Google Image.
Seperti mana buah-buahan
tropika lain, durian juga tidak dapat lari daripada masalah yang disebabkan oleh serangga perosak. Pasti anda biasa termakan buah yang ada ulat di dalamnya. Bagi
yang sudah biasa dengan ulat buah, itu tidak menjadi masalah atau keributan.
Alah, setakat ulat buah bukannya kotor kerana ulat ini makan buah juga. Namun, tidak bagi yang penggeli.
Bagi penulis sendiri, kalau ulat buah seboleh-bolehnya dibuang atau dicuci terlebih dahulu. Tetapi ulat petai, kalau tergigit atau termakan, penulis okey sahaja. Tak kisahpun!
Percaya atau tidak, ada segelintir orang yang langsung tidak kisah dengan ulat buah. Malah mereka selamba sahaja makan ulat tersebut tanpa rasa geli.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok apabila berkongsi satu video menunjukkan dia selamba melahap ulat buah durian.
“Rasa dia lemak berkrim, kenyal- kenyal manis gitu. Yang lemah semangat jangan tengok ya,” tulisnya.
Perkongsian itu
mendapat reaksi berbeza daripada netizen. Rata-rata ‘kembang tekak’ melihat
aksi mukbang tersebut. Yelah, siapa yang tak geli ulat walaupun tahu ulat
tersebut hanya makan buah.
“Aku jumpa ulat dalam durian, dengan durian sekali aku buang. Ini dia boleh makan ulatnya. Yerkkkk,” ulas salah seorang netizen.
Sementara itu,
ada juga yang tidak kisah andai termakan ulat buah.
“Rasa durian jugakan? Sebab aku pernah termakan juga. Time masuk mulut tu terasa gerakan ia. Jadi, aku terus kunyah jelah,” ceritanya.
Ada juga yang
berseloroh mengatakan rugi andai dibuang kerana ia termasuk dalam timbangan
ketika membeli durian.
“Ulat itupun ditimbang, rugi kalau tak makan,” selorohnya.
Orang kata kan, makan ulat durian okey lagi, tapi kalau makan kulit durian, macam mana? - KitaReporters