Mohd Asraf Mohd Fazil 


SEORANG suami sangat mengharapkan untuk bertemu kembali dengan isteri serta anaknya yang berusia dua setengah tahun setelah isterinya membawa anak itu meninggalkan rumah sejak lebih tiga bulan yang lalu

Mohd Asraf Mohd Fazil berkata, beliau menyedari kehilangan kedua-dua insan yang disayanginya itu setelah pulang dari bekerja sejak bulan Mei 2022 lalu. 

"Saya sangat bimbang dengan nasib kedua-dua mereka, lebih-lebih lagi puteri tunggal saya itu dan berharap kedua-duanya berada dalam keadaan yang selamat. 

"Saya tidak mahu membuat andaian yang tidak elok kerana laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Simpang Jalong, Sungai Siput (Utara), Perak." Katanya. 

Sehingga kini beliau tidak tahu lokasi isteri serta anaknya berada. 


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan lari dari rumah

Maiziannur Hidayah Anuar dan anak, Nor Ainnisa Madina Mohd Asraf


Mohd Asraf berkata, sekiranya jodoh beliau dan isteri tidak panjang, beliau reda tetapi perlu bertegas dengan nasib anak perempuannya

"Saya meminta kepada orang ramai yang terlihat supaya membantunya mengembalikan kedua-dua mereka kepada saya untuk membolehkan polis membuat siasatan. 

"Sekiranya isteri saya tidak mahu bersama dengan saya lagi, saya bersedia menyerahkan beliau ke pangkuan keluarga wanita itu dan saya sedia untuk menjalani proses perceraian jika sekiranya mengetahui wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.," katanya lagi.

Maiziannur Hidayah Anuar, 32, dilaporkan hilang bersama anak perempuannya, Nor Ainnisa Madina Mohd Asraf, 2, sejak Mei 2022 lalu. 

Usaha mencari dua beranak itu kini giat dijalankan oleh pihak berkuasa. 

Menurut, lelaki yang berusia 40 tahun itu, dia mula mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu. 

"Isteri saya 'kantoi' berborak dengan lelaki lain setelah cuba menyembunyikan telefon bimbit. 

"Bermula dari kejadian itu, isteri saya sudah mula berkelakuan pelik dan pernah meminta cerai. Perhubungan kami juga mulai dingin dan tidak semesra dulu," katanya.



Mohd Asraf berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isteri dan anaknya adalah pada 11 Mei 2022 lalu sebelum dia ke tempat kerja. 

Katanya, pada tarikh yang sama, sebaik sampai rumah pada pukul 12.15 malam, dia mendapati isteri dan anaknya sudah tiada di kediaman mereka. 

Beliau seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput dan Kuala Kangsar, Perak pada keesokan harinya. 

"Lepas tiga hari saya jumpa motosikal saya dekat kawasan perumahan sebelah sebelum memberitahu polis. 

"Tuan rumah kata mereka nampak isteri dan anak naik kereta bersama dua lelaki, tapi nombor plat dan model kereta tak dapat dikesan sebab nampak dari jauh. 

"Sampai sekarang, saya dan keluarga isteri cari mereka berdua dan masih belum jumpa," katanya. 

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kehilangan isteri dan anaknya itu, boleh menghubungi beliau menerusi talian 019-3340018 atau melaporkan perkara itu di balai polis berhampiran. - KitaReporters


10
11
0
11
0

Copy Link: