Video | Satu dalam sejuta! Bibik tetap lindung anak majikan! Walau trauma diacu pedang pada leher!
Published byPERKONGSIAN video seorang wanita menunjukkan seorang bibik tetap dukung dan melindungi anaknya ketika emosi masih ketakutan disebabkan kejadian bahaya dipercayai rompakan menjadi tular dan mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @aifaazlan, beliau menjelaskan pembantu rumah itu mendengar satu bunyi yang menimbulkan ketakutan pada awal pagi pukul 5.30 pagi.
Apa yang mencuri tumpuan meskipun bibik itu cemas dan kelihatan trauma namun beliau tetap menjaga keselamatan anak majikannya dengan mendukung erat sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang situasi yang tidak diingini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembantu rumah atau bibik
"Pagi tadi bibik beritahu beliau mendengar sesuatu di luar rumah. Bibik terus angkat Uthman lari keluar dari bilik. Bibik berdiri di depan Aifa.
“Bibik cuba nak masuk bilik Aifa tapi berkunci jadi Bibik tunggu je depan bilik Aifa. Suami sudah periksa rakaman CCTV pukul 5.30 pagi tetapi tiada siapa di luar.
“Bibik masih lagi trauma. Bukan senang nak pulih bila pernah berhadapan dengan perompak. Pedang diletakkan di leher bibik.
“Ya Allah lindungi keluargaku dan bibik dari sebarang musibah. Pulihkan emosi bibikku,” katanya.
Video tular yang kini meraih lebih 5.2 juta tontonan itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial berasa simpati serta mendoakan kesembuhan emosi bibik itu.
“Kesian bibik, semoga cepat sembuh dari trauma dan diberikan kesihatan ameen. Semangat terus bibik boleh,” ujar @DeejayIbumisali.
“Bagus bibik kakak, dia ada tanggungjawab sampai fikirkan keselamatan anak kakak dalam situasi bahaya, sila naikkan gaji dia kak,” tulis @YassirArafat.
“Bibik ini kerja bukan hanya kerana duit sahaja. Dia buat sepei keluarga beliau sendiri” kongsi @MakCikNida. - KitaReporters