ALLAHYARHAM Mohd Kassim Abu Bakar (dua dari kanan) menerima sumbangan bantuan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (dua dari kiri) ketika itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul  Ariffin Abdul Majeed (kanan) pada 31 Julai 2021. - Kredit foto: Yakeb


TIDAK hanya libas pari sebagai penangan penyudah bahkan tandukan kepalanya, jarang sekali menghampakan apabila disasarkan ke kawasan regu lawan.

Begitulah kehebatan Allahyarham Mohd Kassim Abu Bakar yang dapat digambarkan oleh bekas rakan seregunya, Engku Musa Engku Abdul Rahman.

Serangan kepala menerusi tandukan Kassim memang turut berbahaya, seperti mana libas pari kegemarannya.

“Era 60-an memang terkenal dengan tandukan tajam dan kencang sebagai penyudah sedangkan libasan kaki untuk mematikan bola, hanya sekali-sekala digunakan para pemain,” katanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sepak takraw

ALLAHYARHAM Mohd Kassim Abu Bakar.


KASSIM Bakar (kanan), Zainol Abidin Noor (tengah) dan Esman (Ismoon) Bajuri mewakili Selangor menentang Kedah dalam final Piala Emas Khir Johari 1965. - Kredit foto: Buku Cenderamata Kejohanan Sepak Takraw MAS-Utusan Malaysia

PINGAT perak Sukan SEAP Bangkok 1967 yang dimenangi Kassim Bakar dan Engku Musa Engku Abdul Rahman untuk Malaysia. - Kredit foto: infotakraw.com


Musa yang bakal berusia 80 tahun pada 8 Disember 2021, juga ialah bapa bekas perejam dan pengumpan negara pemenang pingat emas Sukan Asia Beijing 1990, Engku Abdul Halim Engku Musa

Musa mengimbas semula memori indah ketika dia selaku apit kanan dan pengumpan yang bergandingan dengan Kassim, perejam yang juga apit kiri dan tekong, Abdul Hamid Mohamed Salleh (Allahyarham) pada Sukan SEAP Bangkok 1967.

Kami menang pingat perak di sana tetapi apabila menentang Thailand, kami heret lawan sehingga set penentuan dan saya ingat lagi, perlawanannya berlangsung sehingga dua jam 13 minit.

“Dalam peraturan servis bertukar tangan sepak takraw ketika itu, memang hendak dapatkan satu-satu mata perlawanan itu cukup susah dan memakan banyak masa,” katanya.

Kassim yang juga pemenang pingat emas Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965, kembali ke rahmatullah akibat sakit tua pada usia 78 tahun, antara pukul 8.30 dan 9.30 pagi 3 Disember 2021 di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.


ENGKU Musa Engku Abdul Rahman (kiri) dan Engku Abdul Halim Engku Musa pada majlis perasmian Piala Dunia Pertama Istaf 2011 di Kuala Lumpur. - Kredit foto MIK


ENGKU Musa Engku Abdul Rahman mengangkat tangan ketika diperkenalkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. - Kredit foto: infotakraw.com


ENGKU Musa Engku Abdul Rahman (depan, dua dari kanan) bersama sebuah pasukan sepak takraw. - Kredit foto: infotakraw.com


ANAK tunggal Mohd. Kassim Abu Bakar, Lindawati Mohd Kassim (kiri). - Kredit foto: FB Halim Ishak


Di Bangkok dua tahun kemudian, gandingan Hamid, Musa dan Kassim bermain dalam regu kedua tewas kedua-dua perlawanan liga dan final regu berpasukan, (15-7, 10-15, 1-15) dan (9-15, 15-7, 7-15).

Rakan sepasukan mereka termasuk Abdul Rahman Mohd. Nor, Mohd. Arshad Saad, Ahmad Mohd. Saman, Sulaiman Pawanchik, Me Ibrahim, Mohd. Nor Osman, Ahmad Kamal Abdul Rahman, Ismail Ahmad dan Ismail Ibrahim.

Musa menjadi muka baharu skuad negara memandangkan Kassim ketika dalam Sukan SEAP Kuala Lumpur, sudah serasi bergandingan dengan Zainol Abidin Noor (tekong) dan Esman Bajuri (apit kanan dan pengumpan) yang tidak terpilih ke Bangkok.

"Saya dan regu mereka turut beraksi bersama Selangor dan kami juara Piala Emas Khir Johari (kejohanan utama kebangsaan) enam kali berturut-turut," katanya yang kini menetap di Pulau Langkawi, Kedah. - KitaReporters


SKUAD negara pemenang pingat perak Sukan SEAP Bangkok 1967 yang turut dianggotai Mohd. Kassim Abu Bakar dan Engku Musa Engku Abdul Rahman. - Kredit foto: infotakraw.com

 

13
7
0
13
0

Copy Link: