Wanita selingkuh dihukum gendong suami! Polis tahan 7 orang!
Published by
Wanita curang dipaksa mengendong suaminya. Kredit foto: Daily Mirror
Lagi cerita-cerita dari India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Seorang lelaki yang mengetahui kecurangan isteri yang menjalin hubungan dengan lelaki lain telah membawa sejumlah penduduk melakukan hukuman terhadap isteri curangnya.
Wanita curang itu dipaksa mengendong si suami keliling kampung dan pada masa, beberapa orang penduduk pula memukul wanita itu malah ada juga melemparnya dengan tayar terpakai.
Si isteri itu dituduh berselingkuh ketika mereka berdua bekerja di bandar Gujerat.

Dalam video itu yang dimuat naik dalam Twitter Nimisha Ahuja, si isteri dipukul beberapa kali dan diejek oleh beberapa orang penduduk serta dilihat keletihan mengendong suaminya. Ada pula yang melemparnya dengan tayar terpakai.
Kejadian memilu ini terjadi di sebuah kampung di daerah Jhabua, kira-kira 482 kilometer di utara Mumbai.
Menurut laporan Daily Mirror, polis India bertindak pantas setelah video itu tular dan menangkap tujuh orang, termasuk suami wanita itu. Penguasa polis, Ashutosh Gupta menyatakan, lima orang ditahan pada malam Khamis, 30 Julai 2020 lalu, sementara bakinya pada keesokannya.

Pasangan itu, sudah berkahwin selama tiga tahun, dan pasangan itu baru kembali ke kampung setelah sama-sama bekerja di Gujerat. Suami mangsa mengadu kepada orang tuanya bahawa isterinya telah berselingkuh dengan lelaki lain semasa mereka di Gujerat.
Ritual suami perlu digendong isteri yang berselingkuh merupakan bentuk hukuman yang umum di daerah tersebut.
Menurut laporan Daily Mirror itu, pada April 2020 lalu, kata insiden hampir serupa terjadi di mana seorang wanita terpaksa mengendong suaminya kerana berkahwin dengan lelaki berlainan kasta.
Bagi Nimisha, dia berpendapat, hukuman tersebut hanya berbentuk satu penghinaan dan untuk memalukan si isteri. - KitaReporters