Cindy kelihatan ceria sebagai badut jalanan, Teletubbies Laa-Laa, namun di bawah kostum besar itu hatinya sengsara. - Kredit foto: Paparan daripada TikTok @keluargawiwikteguh


KEHIDUPAN ekonomi sebahagian besar rakyat di banyak negara termasuk Indonesia merosot teruk ketika pandemik Covid-19 masih bermaharajalela.  

Ramai yang hilang sumber pendapatan. Terdapat sebahagian masyarakat terpaksa melakukan beberapa pekerjaan yang mengundang cemuhan dan dketawakan, namun demi menampung kehidupan sekeluarga tetap dilakukan.

Tular video berkenaan kisah pilu yang dialami seorang pelajar sekolah menengah rendah (SMR) bernama Cindy. Dia baru berusia 15 tahun tetapi terpaksa mencuri waktu terbatas bagi mencari wang untuk menyara keluarga.


..

Julia dipeluk oleh Wiwik (berbaju merah) yang bersimpati dengan cara Julia mencari rezeki dengan berpakaian kostum Teletubbies. - Kredit foto: Paparan daripada Tiktok @keluargawiwikteguh



Baru berusia 15 tahun dan masih bersekolah bukanlah keadaan yang sesuai untuk bekerja. 

Namun demi menyarakan emak yang kurang sihat dan seorang adiknya setelah kematian ayah yang mencari rezeki dengan menjadi badut jalanan, Cindy terpaksa menyambung profesion arwah ayahnya itu.

Walaupun disindir oleh rakan-rakan dan jiran tetangga, Cindy menebalkan muka, memakai kostum satu watak Teletubbies, Laa-Laa tinggalan arwah ayahnya bagi mencari rezeki di simpang empat di Jalan Pejagoan, Kebumen, Jawa Tengah di bawah terik matahari dan badan berpeluh sejak lebih setahun lalu.

...

Cindy terus mencari rezeki sebagai badut walaupun dicaci. - Kredit foto: Paparan  @insta_julid

Cindy menghibur pengguna jalan setiap hari dan mengharapkan sumbangan ihsan walaupun sering diketawakan oleh rakan-rakan sekolah dan jiran-jiran yang melihat aksinya sebagai badut.

Kisah perjuangan hidup Cindy menjadi tular selepas dimuat naik dalam Tik Tok @keluargawiwikteguh baru-baru ini. Selepas itu, berita kecekalan Cindy  dimuatkan dalam sejumlah media di Indonesia dan beberapa sosial media.

Menurut pemilik akaun, Wiwik, Cindy bekerja sebagai badut dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari jika kelas secara Internet berlangsung pada sebelah petang.  

“Jika kelasnya pada sebelah pagi, Cindy menjadi badut jalanan antara jam 3 petang hingga waktu maghrib,” katanya ketika dihubungi Tribun Banten.


...

Wiwik memberi sedikit sumbangan kepada Cindy. Kredit foto: @insta_julid.


Wiwik menyatakan Cindy menangis menceritakan susahnya untuk mencari wang ketika pandemik Covid-19 melanda.

Cindy tidak menyatakan dengan jelas hasil pendapatan hariannya. Katanya dia terpaksa bersaing dengan beberapa badut yang juga mengharapkan rezeki.

Bersimpati dengan keadaan gadis remaja itu, Wiwik membelikan beberapa barangan makanan untuk Cindy  dibawa pulang. 

Wiwik turut melancarkan tabung derma untuk Cindy dan keluarga yang akan ditutup pada 30 Jun 2021 ini. - KitaReporters


0
0
2
0
0

Copy Link: