Berita Terkini| Siti Jamumall cemas, bayi dibawa keluar bukan bayi kandungnya! Tertukar anak!

Published by
KitaReporters

Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali Siti Jamumall membuat perkongsian secara langsung dalam FB sewaktu dalam perjalanan menuju ke hospital.


Usahawan dalam talian terkenal, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali Siti Jamumall, 21, terkejut dan cemas apabila mendapati bayi lelaki dibawa pulangnya bersama suami ke kediaman mereka selepas hari kedua bersalin bukan anak kandung mereka.

Melalui perkongsian secara langsung  (live) dalam FB Jamumall.com bermula sekitar jam 8 malam pada 12 Jun 2021,  Siti dalam perjalanan menuju ke hospital swasta di Shah Alam tempatnya bersalin untuk pulangkan bayi tersebut, sekali gus dapatkan kembali bayi kandungnya (setakat artikel ditulis).

Menurut Siti, kejadian tidak diduga itu hanya disedari suaminya setelah melihat ‘tag’ nama pada kaki anak kedua mereka yang tertera nama Dianah Abdullah dan bukan nama sebenarnya setelah berada di rumah.

“Siti bersalin kira-kira jam 2.36 pagi, 11 Jun 2021 di sebuah hospital swasta. Siti sebenarnya telah rasa terkejut selepas tengok bayi sekitar jam 8 pagi apabila dimaklumkan misi bertugas berat bayi 2.31 kilogram. Siti boleh rasa bayi dilahirkan besar. 

“Selepas dibenarkan keluar siang tadi (12 Jun 2021, hari kedua selepas bersalin), Siti dan suami pulang ke rumah, kami terkejut apabila nama ibu bayi pada ‘tag’ bukan nama Siti. Terus rasa berdebar dan hubungi pihak hospital bagi maklumkan kejadian.

“Lebih kurang jam 7 malam tadi , dapat maklum balas dari hospital dan Siti terus ke bertolak ke hospital. Bayi yang Siti bawa pulang siang tadi anak orang lain yang dilahirkan awal sehari iaitu pada 10 Jun 2021,” katanya.

Tambah Siti, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya hanya berharap bayi kandungnya dapat ditemui semula dan bayi dibawa pulangnya itu dapat dikembalikan semula ke ibu sebenarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporte


 

11
13
141
8
9

Copy Link: