Video| Johanna Mazibuko bakal catat rekod wanita tertua di dunia! Kena tunggu pengesahan Guinness!

Published by
KitaReporters

Johanna ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-128 pada 11 Mei 2022 yang lalu. - Kredit foto : UniLad.co

Johanna (kanan) bersama penjaganya Thandiwe Wesinyana (kiri). - Kredit foto: News24.com

SEORANG wanita di Jourbertin, Klerksdorp, Afrika Selatan yang meyambut ulang tahun kelahiran ke -128 pada 11 Mei 2022 lalu berpeluang dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia yang masih hidup sekiranya usaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records (GWR) berjaya.

Nkukuthane Johanna Mazibuko yang merupakan anak sulung daripada 12 orang adik-beradik berkata hanya tiga daripada mereka masih hidup sementara yang lain telah meninggal dunia.

Dia yang mengalami masalah pendengaran ketika ini masih sihat dan mampu melakukan aktiviti sekitar rumah walaupun pergerakannya perlahan dan terpaksa menggunakan tongkat, selain banyak menghabiskan masa dengan duduk di tepi tingkap sambil memerhati orang ramai lalu lalang di luar rumah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rekod dunia

Dokumen pengenalan  diri Johanna yang mencatat tarikh lahirnya pada11 Mei 1894. - Kredit foto: News24.com


"Saya dilahir dan membesar di sebuah ladang jagung di mana kehidupan kami sekeluarga di ladang tersebut amat selesa tanpa ada sebarang masalah walaupun pada satu ketika ladang tersebut telah diserang oleh belalang. 

"Namun serangan itu bukan satu masalah besar kepada kami kerana kami menangkap belalang tersebut untuk dijadikan makanan dengan cara menggorengnya. Rasanya sangat enak seperti anda memakan daging," katanya yang bergelut untuk mengingati kisah lampaunya walaupun masih mampu mengingati dengan baik sebahagian daripada kisah lampaunya.

Menurutnya, ketika membesar dia menjadikan susu segar dan bayam liar sebagai makanan utama dan percaya diet tersebut membantunya untuk kekal sihat sehingga mencecah usia 128 tahun ketika ini.


Johanna Mazibu perlu menjalani beberapa penelitian sebelum Guinness World Records boleh mengiktirafnya sebagai wanita tertua di dunia yang masih hidup. - Kredit foto : News24

Menurutnya lagi seperti dilaporkan oleh edia Metro UK, dia kini mengambil makanan moden dan sudah mampu menyesuaikan diri dengan makanan tersebut walaupun sering merindui susu segar dan bayam liar yang pernah menjadi makanan rujinya satu ketika dahulu.

Menceritakan lebih lanjut kehidupan lampaunya, Johanna yang mempunyai 50 cucu dan cicit berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang lebih berusia bernama Stawana selepas isteri pertama Stwana meninggal dunia dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata di mana dua daripada mereka masih hidup ketika ini.

"Dia seorang yang berdikari dan mempunyai kereta kuda serta lembu. Saya akan memerah susu lembu dan membuat mentega untuk dijual. 

"Stawana melayan saya dengan baik membuatkan saya lupa tentang kehidupan saya sebelum bersama dia dan pada masa sama, saya tidak mahu apa-apa yang lain," katanya yang turut melakukan kerja-kerja rumah untuk pemilik ladang itu selama beberapa tahun selepas berkahwin.


Walaupun sudah menjangkau usia 128 tahun, Johanna masih mampu melakukan aktiviti di sekitar rumah dengan menggunakan tongkat. - Kredit foto: Metro UK

Penjaganya, Thandiwe Wesinyana yang tinggal bersamanya sejak tahun 2001 dan menjadi kawan rapat kepada Johanna berkata, dia tidak boleh tidur sekiranya Johanna tiada di sebelahnya dan perkara sama turut berlaku kepada Johanna yang akan menghabiskan masa duduk di tepi tingkap melihat pintu pagar menanti Thandiwe pulang. 

Sementara itu, komuniti Johanna kini sedang berusaha mencari jalan agar warga emas itu diiktiraf secara rasmi sebagai wanita tertua di dunia yang masih hidup oleh Guinness World Records.

Pemimpin Kampung, OJ Madikong, yang berkongsi kisah Johanna dengan News24 berkata, nama Johanna MaIbuko sepatutnya telah lama dicatatkan dalam Guinness World Records dan percaya usaha tersebut tidak pernah terlambat.

"Apa yang penting, kami sebagai orang Afrika, kami tetap berasa gembira apa bila mengetahui ada seseorang berusia 128 tahun sama ada mereka mahu menyembunyikannya atau sebaliknya, kami tahu bahawa ianya wujud," katanya. - KitaReporters



Salah satu dokumen pengenalan diri Johanna yang mencatat tarikh lahirnya pada 11 Mei 1894. - Kredit foto: News24 

Johanna tidak mengalami masalah kesihatan pada usia 128 tahun, tetapi mengalami kemerosotan pedengaran. - Kredit foto: Newflash.com

13
9
0
11
0

Copy Link: